Molnupiravir: Rawatan Antivirus Untuk Covid-19 Mungkin Sudah Tersedia ?

Ubat Covid-19 baru ciptaan Merck boleh menjadi salah satu bahan ubat yang paling menguntungkan dan lumayan bagi syarikat penghasilan ubatan yang pernah dihasilkan.

Syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat, Merck bersedia untuk mendapatkan persetujuan bagi memperoleh keizinan dan kelulusan apa yang dikatakan ubat antivirus pertama Covid-19, syarikat itu mengumumkan baru-baru ini.

Ubat itu, yang diberi nama molnupiravir, mengurangkan risiko kemasukan ke hospital atau kematian sebanyak 50% pada pesakit Covid-19 yang bergejala ringan dan sederhana berbanding dengan plasebo, kata Merck.

Setelah mendapat keputusan positif dari ujian klinikalnya, Merck merancang untuk menyerahkan data pengujian untuk ditinjau dan mendapatkan kebenaran kecemasan dari Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA, Food and Drug Administration) secepat mungkin.

Syarikat lain, termasuk Pfizer, juga menguji ubat antivirus dan diharapkan dapat memberikan laporan hasil percubaan mereka dalam beberapa minggu mendatang.

Bagaimana molnupiravir antivirus Merck Covid-19 berfungsi?

Molnupiravir adalah antivirus yang menghentikan virus Covid-19 daripada mereplikasi (membiak semula) dalam sistem, mencegah peningkatan bebanan viral dan akhirnya menghentikan jangkitan.

Rawatan, yang terdiri daripada pengambilan empat kapsul dua kali sehari selama lima hari, boleh diambil di rumah, tidak seperti terapi Covid-19 yang lain. Ubat ini terbukti berkesan terhadap semua varian Covid-19 yang diketahui sekarang.

Ini menjadikan molnupiravir jauh lebih praktikal daripada rawatan lain yang ada sekarang untuk Covid-19, termasuk antibodi monoklonal yang dibuat oleh Regeneron, dan GlaxoSmithKline (GSK) dengan Vir Bioteknologi yang memerlukan kaedah intravena (pemberian ubat melalui injeksi atau infus melalui pembuluh darah) di hospital atau persekitaran klinikal. Molnupiravir juga dikatakan lebih murah.

Namun ia dikatakan kurang berkesan berbanding: Koktel antibodi yang mempunyai kadar kejayaan 70% hingga 85% dalam mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian.

Namun, proses dan kaedah pentadbiran yang lebih sederhana menjadikan pil lebih mudah dipreskripsikan dan dapat mencapai jangkauan yang lebih luas, terutama di mana hospital menghadapi kekurangan atau di kawasan di mana akses ke kemudahan kesihatan adalah terhad.

Berapa banyak yang dapat diperolehi Merck dari molnupiravir?

Pada bulan Jun, beberapa bulan sebelum mengakhiri percubaan pengujian, Merck menandatangani perjanjian dengan pemerintah Amerika Syarikat untuk menyediakan 1.7 juta kerja rawatan dengan harga sekitar AS$700 setiap satu, dengan jumlah keseluruhan AS$1.2 bilion.

Syarikat itu turut mengatakan bahawa mereka telah mengadakan perjanjian dengan beberapa kerajaan pemerintah lain.

Walaupun belum mengungkapkan perincian mengenai perjanjian tersebut, ia mengatakan bahawa ia akan memaklumkan harga ubat tersebut di negara yang berlainan mengikut tahap pendapatan mereka.

Buat masa ini, syarikat itu menjangkakan akan menghasilkan 10 juta ubat sebelum akhir tahun 2021 sahaja, yang dapat menghasilkan pendapatan hingga AS$7 billion.

Ini akan menjadikannya, hanya dalam beberapa minggu, salah satu daripada 10 ubat paling menguntungkan yang pernah ada, bersaing dengan Gilead’s Biktarvin, ubat HIV yang diluluskan pada tahun 2018, yang memperoleh pendapatan sebanyak AS$7.2 bilion pada tahun 2020.

Ia juga merupakan ubat kedua Merck yang paling berharga, selepas ubat barah/kanser popular Keytruda, yang menjana pendapatan lebih dari AS$14 bilion setahun dan merupakan ubat kedua yang paling menguntungkan setelah AbbVie’s Humira, yang merawat penyakit sendi (arthritis).

Dengan hampir 500,000 kes Covid-19 baru di dunia setiap minggu, potensi pasaran ubat itu dapat berkembang jauh melebihi 10 juta dalam beberapa bulan mendatang.

(Azizi Ahmad adalah mantan pendidik yang berminat dengan bahan perubatan. Artikel tulisan beliau ini tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Solidaritas)

Komen