(Artikel ini adalah Bahagian Kedua dari dua siri artikel. Untuk Bahagian Pertama ianya boleh dibaca di pautan berikut)
TERDAPAT fenomena yang seringkali dinampak bersempena Pilihan Raya Umum. Segala idea pra-PRU yang bakal disemaikan tertunda dan terpaksa memberi ruang kepada apa jua naratif yang terhangat berkini semasa. Jentera pilihan raya memulakan putarannya dan tiba-tiba bersifat akar umbi seluas-luasnya. Tidak kisahlah propaganda yang diraungkan mengandungi intipati berimpak atau tidak, selagi hasil kerusi Parlimen dimenangi itulah landasan yang betul. Dalam masa ini tentunya minda tertiba-tiba berpandangan pendek mahupun berskala kecil. Yang teruk sekali prestasi politik memberikan ganjaran buat golongan yang berotak kecil demi undian semata-mata, bukannya kebernasan wawasan.
Kertas ini merupakan pesanan buat warga Malaysia bahawa masih banyak masalah yang meracunkan negara ini, sama ada pra atau pasca-PRU. Hanyalah analisa buat siasah ketatanegaraan berupaya melenyapkan arus politik kini yang tidak peduli akan perjuangan kepada keagungan senusa.
Dalam Hikayat Malaysia Bahagian 1 saya membahaskan bahawa sejarah Malaysia dapat diasingkan kepada tiga zaman, iaitu Malaysia Proto (Pertama), Deutro (Kedua) dan Trito (Ketiga). Tatanegara kini yang dinamakan Tata 1957 terletak dalam Malaysia Deutro dimana siasahnya selari dengan warisan zaman penjajah mahupun pemerintah kuno, terutamanya pentadbiran yang beracuan divide and conquer antara kaum dan suku.
Akibatnya, perpecahan dan pemisahan asal sistem ini menjelmakan diri ke setiap sudut masyarakat. Atas tata berkompromi ini ianya menggalakkan tiga arus utama untuk mengembangkan diri, iaitu arus cauvinisme, fanatisisme dan fatalisme. Arus-arus ini terutamanya dipengaruhi oleh sfera geopolitik masing-masing yang merantaikan hubungan budaya, agama dan kaum sampai masa kini. Selagi sesebuah negara gagal mendirikan ketatanegaraan yang berupaya menyatupadukan sfera-sfera begini, negara terpisah-pisah maka dihasilkan. Di Malaysia terdapat tiga sfera pengaruh geopolitik yang sentiasa mengelilingi kita, terutamanya Islam, Konfusian dan Dunia Membangun. Tiga sfera ini saling mengelilingi Malaysia tanpa keupayaan mengarusperdanakan diri secara abadi. Selagi sfera-sfera tersebut tidak dipantau, maka penjuru pula dilahirkan. Demi memahamkan dinamik begini seteliti mungkin maka ia memerlukan sesuatu teori asal bermetodologi Nasional Modenisme yang bernama Teori Dunia Tiga Penjuru.
Sebelum kita berhujah tentang ciri-ciri yang dimiliki oleh tiga penjuru, arus disebutkan atas mesti dibincangkan dahulu. Arus cauvinisme dalam negara ini merupakan sesuatu pemikiran dimana mereka seringkali memujukkan diri bahawa mereka sangat hebat berdasarkan ilmiah sesat yang penuh kesalahan. Ia biasanya terwujud di antara penjuru Islam dan Konfusian. Apa yang membezakan pokok cauvinisme mereka, adalah kecenderungan mereka. Cauvinisme yang berwujud dalam penjuru Islam merupakan sesuatu mazhab yang menyebarkan demagoginya mahupun abaikan apa jua hakikat yang menunjukkan kelemahan mereka sendiri. Padahal cauvinisme Konfusian ini merupakan sesuatu gerakan bagaikan si penakut dimana mereka lebih sudi mengutamakan diri dalam khazanah asing walhal identiti asalnya kini terletak di Malaysia. Maka antara arus cauvinisme, fanatisisme dan fatalisme, arus cauvinisme merupakan DNA utama yang mengasaskan penjuru masing-masing. Secara ringkasnya, cauvinisme yang bersekutu dengan fanatisisme (Cauvinisme berIslam/berfanatik) mencetuskan gejala feudalisme yang menundukkan diri kepada mana-mana insan walaupun betapa songsang dan tamak dia terjadi, manakala cauvinisme yang bersekutu dengan fatalisme (Cauvinisme berKonfusian/berfatalis) menjadikan penganutnya golongan yang memandang rendah buat negaranya walaupun mereka juga yang tidak sudi menimbulkan solusi bernas untuk membetulkan segala-galanya. Dinamik sedemikian atas susunan politik yang terpisah-pisah, kesannya secara semula jadi mengalakkan warga Malaysia mengiktirafkan diri atas nama mazhab, agama mahupun suku dan bukan negaranya.
Teori Dunia Tiga Penjuru menyedarkan pembacanya bahawa penjuru-penjuru tersebut di sebalik kemasyarakatan Malaysia merupakan faktor utama buat kemerosotan negara.
Masalah utama bukan hanya ahli politikus yang makin banyak hari ini, kerana kita harus ingat bahawa ahli-ahli ini juga membesarkan diri hampir sama dengan kita. Apa yang membolehkan mereka memainkan isu perkauman dan keagamaan sesuka hati bukan seolah-olah keputusan peribadi, padahal penjuru yang membolehkan tindakan itu. Seperti yang dibahaskan sebelumnya, selagi penjuru-penjuru ini diberikan ruang bahkan dasar bebas untuk mendirikan institusinya, ahli politikus sudah bukanlah faktor perpisahan sosial tetapi cuma salah satu manifestasi daripadanya. Sesungguhnya segala-gala fenomena Malaysia boleh dikata sebagai salah satu penjelmaan penjuru-penjuru tersebut. Misalnya, sekolah vernakular, Dong Zong dan persatuan puak asal Penjuru Konfusian yang melahirkan Cauvinisme berKonfusian; manakala sekolah Tahfiz, universiti beragama mahupun institusi penguatkuasa agama asal Penjuru Islam yang melahirkan fanatik berhipokrit; yang akhirnya merupakan Penjuru Membangun yang melahirkan sekolah antarabangsa dan institusi bahasa asing sejauh mana sikap kebencian buat tanah air sendiri digalakkan.
Jikalau kita bayangkan Hikayat Malaysia Bahagian 1 sebagai pembentangan sejarah Malaysia, maka Kisah Tiga Penjuru merupakan penerangan kepada kesan sampingan daripada warisan sejarah. Zaman kini dimana ahli politik secara terus terang sudi mewakili golongan melampau sebenarnya fenomena berdua hala. Inilah kerana tanpa kelompok rakyat yang melanggani pada idea yang sama dengan mereka, mustahil mereka dipilih sebagai wakil rakyat. Maka adalah dinamik ini salah politikus? Tak semestinya. Jadi ini adalah salah rakyat? Tak semestinya juga. Faktor utama sepatutnya Tata 1957 yang sudi menyambungkan tatanegara yang berpisah-pisah (segmental autonomy) sejauh mana fragmentasi masyarakat oleh penjuru dibenarkan.
Ringkas kata, Malaysia negara yang mengandungi satu negara bahkan tiga nusa yang saling berkecuali akibat tiga penjuru masing-masing. Tanpa falsafah senusa baru, janganlah sesekali berharap bahawa Pilihan Raya dapat menyelesaikan masalah ini.
(Artikel ini adalah tulisan saudara Trito Nusamara dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Solidaritas)