Hikayat Malaysia (Bahagian 1): Kisah Falsafah Senusa

SESUNGGUHNYA apa yang bakal diulaskan bukanlah gagasan bernas. Padahal ianya sudah terbenih pada sesiapa yang bercinta sejati akan negara ini. Yang tahu kesepaduan sehati, seminda dan serohaniah merupakan kunci yang mencapai kekuasaan nusa. Seringkali kedengaran “Kestabilan” ini sebenarnya perangkap berhalus yang ingin mengabaikan gejala tulen iaitu ketidaksatuan negara. Seperti yang dikata Aliff Naif [1], “jalan mendapatkan keadilan tidak selalunya stabil, dan jalan yang stabil tidak semestinya membawa kepada keadilan.” Perjuangan demi keagungan senusa, sesungguhnya bukanlah perjuangan ekonomi mahupun hasil pilihan raya tetapi kisah perpaduan. Penyelesaian gejala begini sesungguhnya memerlukan pemikiran berfalsafah seMalaysia agar tindakannya dibagaikan ombak mahadahsyat selepas khazanah disempurnakan.

Kertas ini maka berhujah betapa pentingnya falsafah senusa baru dibentangkan agar gagasan yang sedia ada dikerangkakan, bahkan yang baru muncul.

a) Malaysia Pertama (Proto)

Adanya cendekiawan yang mengulaskan bahawa negara Malaysia sepatutnya tidak bermula pada 1957, bahkan terwujud sejak zaman silam. Ia termasuk sekali kerajaan Langkasuka, kedatuan Srivijaya, Majapahit, Melaka, Johor-Riau, dan juga kekuasaan Borneo seperti Brunei dahulu. Sejak zaman silam, penguasa senusantara lebih sudi menaungkan wilayah (vassalization) selain daripada penaklukan, memberi pentadbiran autonomi selain daripada pengenaan sistem kendiri, dan pengasingan suku, bukannya penyatupaduan sosial. Pucuk pimpinan ini pada isinya bersifat persaudaraan dan adat diraja yang tidak mengena dengan rakyat jelata mereka. Yang membawakan masalah selaku pemerintah adalah semasa pentadbiran berpisah-pisah antara suku tertentu dijalankan. Sejak zaman pemerintahan Melaka, terutamanya, benih tersebut sudahlah disemaikan menerusi penyusunan kediaman seperti Tanjung Keling, Lubuk Cina, Kampung Jawa mahupun Pulau Upeh. Pemerintahan sebegini juga dapat disaksikan dalam pengurusan perihal pelabuhan, seperti mana pedagang-pedagang bekerja dengan wakil Syahbandar Melaka mengikuti kaum mereka, baik Gujerati, Jawa atau Cina. Maka tidak keliru sangat bahawa pediam Melaka sudi menyenderungkan diri kepada kuasa baharu yang berasal asing disebabkan rasa mereka tidak tergolong akan pembesar demikian. Sesungguhnya pentadbiran yang tiada rohaniah bersepadu untuk menjalinkan rakyatnya sebagai bani Melaka memang melupuskan semangat ‘tanah tumpahan darahku’ daripada pembesar dan rakyat berbilang bangsanya.

Zaman ini kita kategorikan sebagai Malaysia Pertama (Proto) yang menjalankan tatanegara bermandala dan jauh beza daripada penaklukan mutlak. Tatanegara Malaysia Proto yang merangkumi Thalassocracy berDharma sehingga Kesultanan Islam pun bersama-sama mengandungi arus tersebut.

b) Malaysia Kedua (Deutro)

Siasah mentadbir melalui pemisahan kaum kemudian diwarisi oleh penjajah Portugal, Belanda dan British. Padahal pihak British yang terutamanya menginstitusikan pentadbiran sebegini secara keseluruhannya. Perjuangan Merdeka kita cuma sesuatu pemerintahan milik penduduk asal yang meneruskan pentadbiran berpisah-pisah ini. Ketatanegaraan pasca-1957 masihnya dibentuk atas sifat tawar-menawar, perundingan dan mediasi yang tidak sudi membendungkan arus etnik yang menjelmakan diri kepada penjuru melampau. Atas kemasyarakatan tersebut yang menyanjungi pemisahan, kita menamakan tempoh in sebagai Malaysia Kedua (Deutro). Tempoh ini merupakan kesinambungan jasa Proto Malaysia yang meneruskan apa jua pemisahan yang sedia ada sejak zaman silam dan penjajahan kita — to divide and conquer. Maka dua tempoh ini tidak ada beberapa perbezaan yang ketara, cuma ditambah dengan warisan institusi British. Hasil tersebut, maka mendirikan sesuatu negara yang berpecah antara kaum, suku mahupun mazhab yang dimulakan oleh pemerintah Proto Malaysia, disistemkan oleh penceroboh Deutro, sehingga ianya dikekalkan oleh pemerintah bertawar-menawar yang kini digelari bapa kemerdekaan.

Secara ringkasnya, tatanegara 1957 sejak zaman Deutro Malaysia melahirkan sebuah negara tanpa nusa (a state without a nation) dimana warganya berpisah secara rohaniah, tetapi institusi seperti percukaian, penguatkuasa undang-undang, birokrasi dan lain-lain berjaya diselaraskan. Atas asas tersebut, medan ilmiah Malaysia selalunya terbatas dalam dua acuan utama sahaja, termasuklah naratif yang datang bersempena PRU15 ini. Yang pertamanya terperangkap dalam kerangka kaum yang tidak mengena dengan kaum lain. Misalnya, Ketuanan Melayu, Negara Maslahah, Gerakan Islah, Islamisasi pengetahuan, Tajdid dan lain-lain yang semata-mata relevan dalam penjuru masing-masing. Pada masa yang sama, acuan kedua pula terperangkap dalam sifat gradualism yang selalunya membawakan hasil kosong. Contohnya, Pemerkasaan Pemuda, Good Governance, Demokrasi Sosial, Pembaharuan Institusi, dan lain. Apa yang mereka tidak menyedari adalah bahawa sistem kini yang bertumpu setempoh 5 tahun, padahal tidak sudi menyelesaikan jurang kaum telah menakdirkan apa jua gagasan yang mereka menghujahkan sebagai kegagalan.

Maka pembentukan Tata 57 sepatutnya melindungkan warisan sejarah yang bersiasah pemisahan (segmental autonomy). Akibatnya, sama ada negara ini peradaban terganggu (disrupted civilization) ataupun produk penjajah, ada satu fakta mutlak yang rakyat Malaysia dapat bersetujui iaitu negara ini dijadikan negara berbiasa-biasa (mediocre). Pandangan tersebut selalunya membawa tiga jenis reaksi di kalangan masyarakat. Yang pertama menjadi fatalis yang teruja akan pandangan itu dan bersedia untuk mengkritik lebih melampau, manakala cauvinis bersedia berbakti kepada kaum sendiri semata-mata, sementara fanatik berdoa berpuluh-ganda agar ganjaran Tuhan didapati tanpa apa jua sumbangan nyata. Berdepan dengan tiga-tiga arus yang memerosotkan daya kuasa negara, hanya falsafah baru yang beracuan nusa bakal membawa arus kuasa baru buat tanah air yang tercinta.

Falsafah atau budi senusa ini mestilah dikurniakan satu nama. Maka di sini kita namakannya Nasional Modenisme.

Analisa di atas secara terus terang mengutarakan bagaimana Tata 1957 masih terperangkap dalam zaman Deutro Malaysia — susunan politik yang tersegmentasi yang membolehkan arus penjuru melampau ditularkan dengan bebas. Sistem yang diaturkan sebegitu memangnya mustahil menjalankan apa jua kesatupaduan senegara bahkan senusa kerana asal usulnya adalah untuk menguruskan penjuru, bukannya pembasmian mahupun penyatupaduan. Siasah utama Malaysia sejak lama adalah segmental governance maka seapa-apa falsafah yang berhasrat kepada perpaduan akan gagal secara semula jadi. Rukun Negara salah satu contoh dimana isinya bernilai sekali meskipun membawa hasil biasa dalam perjuangan kesatupaduan senusa. Seperti yang disebutkan dalam The Malaysian Philosophy,

“Those that argued Rukun Negara as a philosophy, fail to notice that substance must be equated with the overall objective to attain real value. While it is similar to Indonesia’s Pancasila counterpart, the latter was designed to unite a new nation. But Rukun Negara was only a reaction after the 1969 tragedy. The seed of Malaysia was an inter-ethnic bargaining order rooted in 1957 designed to be segmented. It was not to create keMalaysiaan by overhauling racialism, but only to reconstitute a fragmented political order.”

Dinamik yang disebutkan merupakan sebab utama kenapa beberapa persoalan nasional sampai sekarang pun tidak dapat diselesaikan.

c) Menujui Trito Malaysia (Ketiga)

Kaedah mutlak agar membasmikan warisan Proto dan Deutro Malaysia adalah pengangguan (disruption) sedahsyat mungkin. Bagaikan ombak mahadahsyat, siasah falsafah baharu ini tidak menganggapi diri sebagai Sang Refo buat tata kini padahal berhasrat menjadikan dirinya sebagai tata baru. Titik destinasinya pun berterus terang sekali iaitu pengembaraan kepada Trito Malaysia yang melangkaui zaman Deutro Malaysia. Sesuatu perintisian zaman oleh ketatanegaraan bernama Nasional Modenisme yang memiliki jurisprudence baru yang menjadikan jentera bernas ini sebagai hakikat yang sah.

Trito Malaysia sesuatu tata yang menyatupadukan negara sampai konsep nusa akhirnya dilahirkan di alam ini. Tata ini sedaya upaya membasmi mahupun membelasahkan arus cauvinisme, fanatisisme dan fatalisme sebanyak mungkin sampai pengaruhnya dipupuskan.

Sesungguhnya masih ada banyak perkara yang masih perlu dibicarakan, tetapi setakat ini hikayat sejarah tersebut sudah cukup buat pemahaman asas.

Demikianlah falsafah/budi senusa baharu ini ditakdirkan pemangkin kepada bab baru dalam Hikayat Malaysia.

[Bahagian 1 tamat]

Rujukan
[1] Aliff Naif. (2022, October 11). Kestabilan Politik Bukan Keadilan Mutlak. SOLIDARITAS. Retrieved October 16, 2022, from https://solidaritas.my/kestabilan-politik-bukan-keadilan-mutlak/

[2] Nusamara, Trito. (2022). The Malaysian Philosophy ― Trito Nusamara. Malay Mail. Retrieved 26 September 2022, from https://www.malaymail.com/news/what-you-think/2022/08/30/the-malaysian-philosophy-trito-nusamara/25518.

[3] Lihat 2.

(Artikel ini adalah tulisan saudara Trito Nusamara dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Solidaritas)

(Bahagian Kedua artikel ini boleh dibaca di pautan berikut)

Komen