BAGAIMANA TIGA PERDANA MENTERI MEMBELANJAKAN DUIT RAKYAT UNTUK ‘MEDIA BUY’?

Dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Perdana Menteri telah mendedahkan jumlah perbelanjaan kerajaan untuk ‘media buy’ sejak 2020 hingga kini.

‘Media buy’ merujuk kepada perbelanjaan publisiti dan promosi kerajaan melalui media massa tradisional atau alternatif.

PMX menyebut bahawa sejumlah RM700 juta telah diperuntukkan untuk ‘media buy’ sejak 2020 hingga 2023.

Dari jumlah itu, RM500 juta dibelanjakan ketika zaman PM8 manakala baki RM200 juta pula di zaman PM9.

PMX memaklumkan untuk tahun 2022 hingga 2023 di bawah pentadbiran beliau, tiada sebarang perbelanjaan baharu dibuat melainkan dari menghabiskan kontrak ‘media buy’ sedia ada.

Untuk 2024 nanti, PMX telah mengarahkan supaya Kementerian Kewangan tidak melebihi had RM100 juta setahun untuk ‘media buy’.

Penjimatan ini adalah satu langkah terpuji dalam memastikan duit rakyat digunakan untuk tujuan yang lebih baik seperti pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Namun dalam berjimat, perlu juga cermat dalam memastikan saluran komunikasi dan penerangan kerajaan tidak terjejas.

Sayang sekali jika usaha publisiti dan promosi apa yang kerajaan buat tidak disampaikan dengan jelas kepada rakyat kebanyakan.

Justeru jika hanya RM100 juta ditetapkan untuk ‘media buy’ setahun, mohon ia disalurkan kepada kementerian yang betul-betul buat kerja dan media yang benar-benar efisien dalam menguar-uarkan hasil kerja.

Komen