TIGA KAEDAH UTAMA DIPERTIMBANGKAN DALAM PROSES MENSASARKAN SUBSIDI

Dalam melaksanakan langkah penjimatan, subsidi bersasar adalah perlu bagi mengurangkan beban susidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan.

Kerajaan Perpaduan telah menyatakan hasrat untuk mensasarkan subsidi kepada golongan tertentu, khususnya dari kalangan B40 yang sangat memerlukan.

Ia juga wajar untuk mengelakkan subsidi dinikmati oleh golongan mahakaya atau warga asing.

Menteri Ekonomi dalam usaha untuk mensasarkan subsidi telah menggariskan tiga kaedah utama yang dipertimbangkan.

Kaedah pertama adalah pemberian subsidi secara bersasar akan mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara individu melalui pendekatan perlindungan sosial.

Kaedah kedua pula adalah melalui kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara isi rumah.

Kaedah ketiga dan terakhir pula melalui kelayakan pendapatan boleh belanja isi rumah dan individu gabungan tetapi dilaksanakan menggunakan kaedah kad subsidi.

Pelaksanaan semula subsidi akan mengikut pengesahan pendapatan isi rumah dalam sistem PADU yang akan dibuka mulai Januari 2024.

Adalah diharap pelaksanaan subsidi bersasar ini akan membantu dalam memastikan subsidi diberi kerajaan sampai kepada golongan sasar yang memerlukan.

Ia juga akan dapat membantu kerajaan meringankan beban tanggungan subsidi yang terlalu besar sebelum ini kerana diberikan secara menyeluruh.

Komen