Teori Satu.
“Makwe lawa – balak dia haram tak hensem.”
Teori Dua.
“Brader hensem – makwe dia biasa-biasa saja”
Aku buat survey di Amerika, bini aku buat survey di Australia. Aku buat PhD dalam Human Psychology, bini aku buat PhD dalam Genetik Manusia. Aku bertapa di Banjaran Andes, bini aku bertapa di Lembangan Mesopotamia. Aku pergi Harvard berdebat dengan professor matematik, bini aku pergi Oxford berdebat dengan ahli kimia. Aku buka kitab-kitab budaya, bini aku menelaah kitab-kitab agama. Aku belajar konsep Love Is Blind, bini aku belajar konsep Love Is Money. Aku suntik teori ‘geografi mempengaruhi cinta’, bini aku lawan dengan teori ‘kasih tersemat pada DNA’. Aku baca buku Shakespeare, bini aku baca buku Ayat-ayat Cinta (buku untuk percintaan secara rakan masjid). Setelah lima tahun, ilmu pengetahuan aku bersama bini aku yang luas bergabung tenaga. Aku bentang kertas kerja di PBB, bini aku bentang kertas kerja di OIC.
Keputusan: Dua dua teori tu macam cilake dia punya betul!
Hujung tahun ni aku terbang pergi Venezuela terima hadiah Noble Prize.
NOTA KAKI:
Setelah berbincang dengan gaya intelektual tinggi, aku dan bini aku sebulat suara bersetuju. Kes kami jatuh tersungkur dalam teori nombor dua. Apa nak buat, dah nasib aku jadi hensem!
Korang jangan mengada-ngada kata aku kelentong. Nak kena baling dengan selipar?
Tulisan Fdaus Ahmad ini ada di dalam Dari Tanjung Malim Ke KLCC.