SETAHUN EKONOMI MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN PMX

Setahun telah berlalu sejak Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Tentu sekali cabaran terbesar PMX adalah mengemudi ekonomi Malaysia pasca pandemik selepas ketidaktentuan politik yang menyaksikan tiga perdana menteri bertukar dalam tempoh sepenggal.

Tahun pertama PMX sudah pastinya dalam usaha memupuk kestabilan politik yang juga akan menjerumus kepada kestabilan ekonomi negara, dan ia dimulakan dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan MADANI.

Dalam mengemudi ekonomi Malaysia, pendekatan yang diambil ialah merombak semula peruntukan fiskal dan menyederhanakan inflasi, pada masa sama merangsang penggunaan domestik.

Justeru kita dapat lihat dalam tempoh setahun ini, peratusan perbelanjaan dan pelaburan sektor swasta dan awam melonjak naik bagi merangsang ekonomi untuk berkembang pesat.

Perbelanjaan di sini merujuk kepada pembelian barangan atau perkhidmatan untuk perolehan kegunaan semasa, baik oleh sektor swasta atau awam.

Manakala pelaburan pula merujuk kepada pembelian barangan modal atau aset untuk perolehan kegunaan masa hadapan, baik oleh sektor swasta atau awam.

Perbelanjaan swasta atau isi rumah dalam tempoh setahun di bawah PMX mencatatkan pertumbuhan positif 4.6% manakala pelaburan swasta pula pada paras 4.5%.

Dalam sektor awam atau juga boleh dirujuk sebagai perbelanjaan atau pelaburan kerajaan, angka pertumbuhan positif dicatatkan pada kadar 5.8% untuk perbelanjaan awam dan 7.5% untuk pelaburan awam dalam tempoh setahun ini.

Pertumbuhan positif dalam sektor swasta dan awam ini adalah bukti kepada hasil kepimpinan seorang reformis yang mengemudi negara ke arah kemakmuran yang berterusan dalam lanskap global yang berkembang pesat.

Komen