PAGI tadi, aku nak ke office, aku singgah dekat Pejabat Pos nak ambil surat dekat Pos Laju. Depan entrance pos, ada kereta sebiji dengan motor sebiji, yang tengah bergaduh baru accident. Motor itu bodynya pecah. Nasib baik rider dia okey. Oleh sebab serpihan kemalangan itu block laluan aku nak masuk, aku berhenti tepi kejap.
Terus ada seorang nyonya datang dekat aku, minta pendapat. “Haiya… Dia ni la saya masuk tatak tengok la, dia la punya la salah, saya punya lalan ooo…” Kau fahamlah sendiri macam mana nyonya umur 60an bercakap.
“Sabar auntie sabar. Ceritalah sama saya elok-elok.”
Dia pun cerita punya cerita. Jelas benar, nyonya itu yang salah. Dia masuk dari jalan seberang nak belok ke kanan masuk ke pejabat pos. Motorsikal itu jalan straight, jadi pejabat pos belah kiri dia. Memang ada kotak kuning di depan dan trafik agak padat.
Aku cakap kepada dia, ”Auntie, ini memang you punya salah. Itu dia punya jalan dulu,” sebut aku sambil guna slang Cina ala-ala semua pelakon Melayu KL Gangster.
“Aiyya… hensem aaa… Macam mana pula saya punya salah!” Bajet panggil aku hensem, aku cair. Come on lah Nya, mungkin kalau kau 40 tahun dulu, aku cair.
“You memangla… Sebab saya Cina, you kata saya salah,” sambung Si Nyonya.
“Ini bukan sebab you Cina ke, dia Melayu, Auntie. Jalan itu memang jalan dia,” jawab aku.
“Macam ni la auntie, abang, pergi balai, senang…” Tiba-tiba aku pula kena jadi judge diorang.
Aku tengok rider itu, nampak macam pendatang Indonesia, satu masalah yang bakal kita semua akan hadapi hari-hari atas kelalaian BN memerintah; kau nak tahu apa benda paling awkward sekali? Bila kau terpaksa tanya orang Melayu, mana asal dia sebab nak pastikan dia orang Malaysia atau Indonesia, dan dia sebenarnya orang Malaysia. Awkward bang, lepas tu.
“Abang orang mana?” tanya aku.
“Orang sini,” jawab dia. Aku sengih, sebab terpaksa tanya.
“Ada lesen? Ada road tax?” Tanya aku lagi.
“Ada,” jawab dia.
“Motor nama abang?” Tanya aku.
“A’ah.”
Dia nampak blur, sebab lepas kau jatuh motor, kau memang akan jadi blur sikit. Apatah lagi kalau kau dah langgar kereta. Serious. Kau kena rasa. Aku pernah langgar kereta, naik motorsikal. Duduk tepi jalan, rasa high. Badan rasa tak ada apa. Tapi sejam lepas itu, bila badan dah mula adjust balik, barulah rasa sakit. Aku rasa itu normal mechanism badan nak counter body shock.
“Pergi report polis. Ambil nombor kereta dia,” brader itu pun keluarkan pen dan kertas catit nombor kereta auntie itu.
“You ingat you boleh salin saja ka? Saya pun boleh salin maaa!” ugut nyonya itu.
Aku pun salam brader tu, lepas ambil surat aku. Nampaklah nyonya itu still bertegas tak nak mengaku dia salah. Dalam accident itu, memang betul, dia salah. Aku sangat pasti, sebab priority untuk jalan ada dekat brader itu. Tapi atas jalan raya ini, yang salah akan mengaku tak salah. Standardlah. Kau kena tangkap beromen dalam jamban pun, kau cuba salahkan orang yang kau romen. “Dia yang ajak saya romen!”
Jadi, kenapa aku ceritakan kisah ini? Sepanjang kau baca cerita ini, ada tak kau terasa geram yang lebih sikit bila kau tahu, nyonya itu Cina, dan dalam hati kau, kau ada rasa “Itu semua standardlah, perangai orang Cina! Cina kepoh! Cina memang kurang ajar!”
Mesti ada. Kita Melayu. Kita mesti jaga Melayu. Kita mesti sokong Melayu. Cina tak akan tolong Melayu sebab Cina akan jaga Cina!
Bagaimana pula kalau aku katakan, aku sebenarnya tipu je dan “nyonya” itu sebenarnya seorang wanita Melayu yang pakai tudung labuh?
Mesti secara automatik, pandangan kau berubah kan? Marah pun berkurangan tiba-tiba. Sejuk pula hati, siap boleh timbul rasa kasihan lagi. Alaa! How sweet Melayu dengan Melayu berlanggar atas jalan raya!
Kenapa kita macam itu? Fikirkanlah.
Fikirkanlah kenapa kau macam itu, tapi kau sendiri benci apa yang UMNO, macai, Ultra Melayu, Ibrahim Ali dan PERKASA perjuangkan.
Tulisan Irmanyadi Idris ini ada di dalam Cursing Malay.