Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024).
STR diwujudkan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.
Permohonan STR dibuka sepanjang tahun mulai 1 November 2023 dan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Pembayaran akan dibuat dalam empat fasa iaitu pada Februari, April, Ogos dan November 2024 mengikut tarikh permohonan dibuat.
Empat kategori telah disenaraikan untuk mereka yang layak memohon STR dengan nilai bayaran STR mengikut kategori dan bilangan anak (tanggungan).
Isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah layak mendapat STR antara RM1,000 hingga RM2,500 mengikut bilangan anak.
Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 pula akan memperolehi STR antara RM500 hingga RM1,250 mengikut bilangan anak.
Manakala untuk warga emas tiada pasangan atau bujang, bayaran STR yang akan mereka perolehi adalah sebanyak RM600.
Golongan bujang atau OKU dengan pendapatan RM2,500 ke bawah juga layak mendapat STR dengan nilai bantuan sebanyak RM350.
Adalah diharapkan STR ini akan dapat meringankan sedikit beban kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah.