Perceraian Penyumbang Kepada Keruntuhan Negara

Perkahwinan merupakan salah satu ritual untuk menyatukan pasangan lelaki dan perempuan. Akan tetapi ritual ini boleh diputuskan dalam erti kata lain “perceraian” yang merupakan satu kata dimana pihak yang sudah berkahwin akan putus hubungan antara mereka. Tetapi tahukah anda berapa ramai yang telah bercerai di Malaysia ?.

Mengikut statistik di Malaysia dari tahun 2018 hingga 2021, terdapat 50,862 kes pada tahun 2018. Pada tahun 2019 pula sebanyak 56,975 kes perceraian. Selain itu, 47,242 kes pada tahun 2020 dan penurunan iaitu 43,934 pada tahun 2021 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2022). Bagi kadar perkahwinan pula iaitu pada tahun 2018 adalah 206,352 orang dan menurun sebanyak 1.2 peratus, 203,821 orang berkahwin pada tahun 2019. Pada tahun 2020, sebanyak 184,589 orang dan meningkat sebanyak 15.4 peratus iaitu 214,943 orang pada tahun 2021.

Kesan Perceraian Terhadap Negara

Antara kesan yang besar dapat dilihat daripada perceraraian adalah kesejahteraan anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana perceraian ini mampu mempengaruhi mental dan kesejahteraan anak-anak. Sebagai contohnya, perselisihan sebelum perceraian, di mana anak-anak menderita dan trauma dengan pergaduhan ibu bapa mereka. Ini menganggu pertumbuhan anak-anak. Tambahan lagi perceraian ini menyebabkan pembelajaran anak-anak berat sebelah di mana anak-anak tidak menerima pembelajaran sama rata antara ibu bapa mereka kerana terpaksa memilih antara ibu atau bapa sebagai penjaga selepas perceraian. Pada kadar ini kita tidak nampak impaknya kepada negara, akan tetapi impak ini mula nampak apabila anak-anak mencapai usia remaja yang membawa kepada masalah sosial dalam kalangan remaja seperti jenayah, kecurian dan sebagainya. Jika dilihat dari perspektif lain, anak-anak ini merupakan tunjang kepada pembangunan negara. Justeru itu, perceraian ini serba sedikit menyumbang kepada keruntuhan pembangunan negara.

Selain itu, kesan perceraian ini dapat dilihat di mana struktur demografi mula tidak stabil. Hal ini dikatakan demikian kerana peningkatan demografi atau pertumbuhan populasi berlaku. Jika perceraian ini berlaku, masalah seperti kekurangan populasi akan meningkat, menyebabkan golongan tua semakin meningkat dan golongan muda semakin menurun. Anak-anak muda ini merupakan pengganti kepada golongan yang lama, jika populasi golongan anak muda sudah semakin berkurang, hal ini akan menyebabkan tiada pengganti kepada golongan tua. Ketiadaan pengganti ini menyebabkan tidak lahir pemimpin-pemimpin negara yang baharu. Secara langsung hal ini akan menyebabkan negara menjadi semakin mundur. Oleh itu, perceraian ini membawa kepada kekurangan populasi dan seterusnya membawa kesan kepada keruntuhan negara.

Solusi Untuk Menghindari Perceraian

Salah satu solusi kerajaan untuk menghindari kesan-kesan peeceraian adalah dengan memberi penjagaan sementara. Hal ini dikatakan kerana, anak-anak yang terlibat dalam masalah peeceraian ibu bapa ini menyebabkan anak-anak diabaikan. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil tindakan untuk mengasingkan keluarga dengan anak-anak supaya masalah itu tidak memberi kesan kepada mereka. Sebagai contohnya, menempatkan anak-anak kecil di rumah asuhan bawah kerajaan atau memberi hak penjagaan kepada saudara yang terdekat. Bantuan kerajaan ini serba sedikit menghindari anak-anak kecil daripada menghadapi masalah mental dan masalah sosial, bantuan penjagaan ini juga dapat mengelakkan anak-anak kecil menjadi penyebab keruntuhan negara di masa hadapan.

Selain itu kerajaan, masyarakat atau ahli keluarga perlu menjaga atau mengawal semasa perceraian sedang berlaku. Hal ini kerana, sesetengah perceraian boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku. Sebagai contohnya, berlaku pergaduhan antara dua keluarga yang terlibat dalam perceraian tersebut, tambahan lagi perceraian yang melibatkan dua latar agama dan kaum yang berlainan yang boleh membawa kepada pergaduhan antara masyarakat. Oleh itu, kerajaan harus menghantar pemantau atau pegawai bagi menyelesaikan isu perceraian antara dua keluarga daripada awal hingga selesai agar menghindari isu yang tidak diingini berlaku. Ppengawalan ini dapat menjaga keamanan masyarakat.

Kesimpulannya, isu perceraian ini tidak dapat dielakkan jika kedua belah keluarga sudah membuat keputusan mereka. Sebagai masyarakat kita seharusnya memantau isu ini jika berlaku di kejiranan anda supaya anak-anak mereka dan komuniti tidak menjadi mangsa atau terlibat dalam pergaduhan mereka agar menyelesaikan masalah perceraian mereka dengan aman. Akan tetapi, sebaik-baiknya perceraian ini harus dielakkan kerana boleh mengelakkan perkara-perkara yang di atas berlaku.

(Artikel ini adalah tulisan saudara Muhammad Aqil Zul Faqer bersama Dr. Velen Knjumaran dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Solidaritas)

Komen