Kurikulum sejarah bangsa Cina mempunyai kecacatan yang serius. Ia gagal untuk menunjukkan bahawa generasi pertama yang menempatkan semula penduduk Kampung Baru adalah mangsa jaminan keselamatan semasa Darurat Tanah Melayu sekitar 1948-1958. Secara rasminya, ini adalah pelan tindakan balas, tetapi pengalaman itu hampir sama seperti ditempatkan dalam kem-kem tahanan kaum yang mensasarkan penduduk etnik Cina dan pendatang. Semua ini berlaku atas anggapan bahawa semua Cina bersubahat dengan pemberontak komunis.
Isu ini menjadi kritikan berpanjangan dalam kalangan rakyat Malaysia bukan Melayu terhadap kurikulum sejarah negara yang sengaja memilih untuk menyembunyikan beberapa hakikat sejarah yang tidak selesa. Ia menyembunyikan kebenaran, berat sebelah serta kurangnya penglibatan orang bukan Melayu dalam perjuangan kemerdekaan dan pembangunan negara.
Secara khususnya, merujuk pada fakta bahawa penduduk-penduduk kampung baru—yang hampir keseluruhannya berbangsa Cina—juga merupakan sebahagian daripada usaha menentang pemberontakan komunis. Mereka menyumbang dan menjadi sebahagian daripada penyelesaiannya, bukan satu masalah sepertimana yang digambarkan dan disalahertikan.
Dengan berlakunya rusuhan kaum pada tahun 1969 dan konfrontasi Indonesia yang membawa kepada pembunuhan beramai-ramai orang Cina demi asimilasi, dan ketakutan menguasai mereka. Semakin lama, mereka terperangkap dalam mentaliti sosial yang mana sering berlaku terhadap kumpulan-kumpulan minoriti dalam mana-mana pembinaan sosial.
Apabila sesuatu kumpulan berada di bawah pengepungan, ada satu ancaman sama yang menuntut pertahanan yang serupa. Dalam hal ini, maruah dan kehormatan warisan budaya dan sejarah sebagai seorang Cina berada dalam ancaman; justeru sebagai langkah pertahanannya adalah pendidikan vernakular. SRJK(C) sebagai salah satu institusi yang berusia satu abad ini adalah barisan terakhir pertahanan, yang terkandung pelbagai kegagalan dan kemarahan dalam masa depan pendidikan.
Akibatnya, salah faham yang berlaku menyebabkan masyarakat Cina, khususnya anak muda memberontak dan meninggalkan rumah demi mencari hala tuju hidup sendiri serta memutuskan hubungan dengan keluarga.
Kisah anak-anak yang terabai ini ditambah dengan pelbagai masalah lain lagi, seperti menentang pengenaan Sejarah sebagai subjek wajib lulus. Ia berbunyi: “Sejarah kamu menafikan bangsa saya dan tidak mengakui sumbangan kami dalam pembinaan negara, di samping cuba menggambarkan nenek moyang kami sebagai komunis. Mengapa kami harus menghormatinya?” Justeru, dari sudut sejarah, ini merupakan satu kisah kegagalan dan kemarahan yang tidak diberi perhatian.
Begitu juga ramai yang mempersoalkan “Mengapakah ciri-ciri kebudayaan dan kesenian orang bukan Melayu tidak dapat dilihat pada seni bina utama negara seperti Putrajaya—apakah kami orang Asli, India dan Cina bukan orang Malaysia?” Wajar atau tidak, rasa tidak puas hati ini adalah faktor penyumbang yang besar terhadap masalah kompleks rendah diri yang kerap kali dizahirkan secara konfrontasi. Justeru, dari sudut kesenian, ini adalah satu kegagalan dan kemarahan yang tidak diendahkan.
Kegagalan dan kemarahan Rakyat Malaysia bukan Melayu yang berterusan pada asasnya adalah masalah utama yang menggambarkan secara ringkas identiti politik Malaysia. Toleransi menjadi peranan kurang penting dan dibalas dengan tunjuk perasaan. Ramai yang meletakkan harapan tinggi terhadap perubahan yang dibawa oleh rejim baru, namun setakat ini tidak banyak perubahan berkaitan kuasa dan dinamik identiti politik rakyat Malaysia.
Hakikatnya, perkataan ‘Perubahan’ itu cuma dipenuhi rasa kekecewaan, terutamanya dari sudut pandang orang bukan Melayu. Lebih parah lagi, segala perubahan yang dibuat dilihat menyimpang daripada status quo.
Justeru, sekecil-kecil saranan untuk perubahan dengan sedikit ambiguiti akan mencetuskan pengepungan pemikiran dan mengatur kedudukan mekanisme pertahanan.
Kontroversi khat baru-baru ini merupakan isu terbaru dalam sejarah panjang penentangan kolektif dan konfrontasi beramai-ramai. Justeru, apabila kerajaan memilih untuk ‘mengganggu’ fungsi terpenting kerajaan di mata komuniti orang Cina Malaysia iaitu Pendidikan, dengan bertopengkan Sejarah dan Seni, respons sebesar ini sudah dapat dijangka.
Dengan meta naratif dan konteks sosio-politik serta sejarah dijelaskan, mari kita tinjau masalah besar ini secara terperinci.
Lantaran pembalikan keputusan untuk meluluskan Statut Rome dan ICERD, keputusan-keputusan paling sukar dibuat sebagai respons kepada tuduhan-tuduhan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab ke atas perjanjian-perjanjian dan kerajaan. Pembalikan tersebut dijadikan—di bawah syarat-syarat yang tidak jelas—sebagai tebusan oleh orang ramai yang keliru dan tidak cakna.
Ia merupakan satu kekecewaan besar buat ramai orang, namun—setuju atau tidak—satu tindakan kepimpinan sangat diperlukan. Ia memperlihatkan citra demokrasi, di mana kefahaman dan persetujuan rakyat diletakkan paling utama, namun diwujudkan dalam bentuk dasar U-turn, meskipun sukar dikatakan dalam keadaan tertekan.
Apa yang perlu diberikan perhatian ialah bagaimana sebahagian besar, jika bukan semua, orang bukan Bumiputera melihat ini sebagai satu kerugian selepas segala sokongan besar yang diberikan kepada pembangkang yang kini bergelar kerajaan. Mereka bukan menuntut kesamarataan mutlak, tetapi keadilan untuk penghargaan sebagai rakyat biasa. Meskipun ramai yang menaruh harapan, kerajaan masih belum memberikan penghargaan tersebut.
Dari sudut pandang mereka yang kini bersungguh-sungguh membantah, terdapat satu persamaan antara saga ICERD, Statut Rome dan isu Khat ini. Masyarakat Melayu memperlihatkan tanda-tanda gelisah apabila merasakan dasar kerajaan akan mengancam kedudukan bangsa dan agama mereka; dan kerajaan membalas dengan satu pusingan U. Penunjuk perasaan Khat pula sanggup melemparkan tuduhan beremosi seperti “Mereka bukan mengundi untuk kamu!”
Kini orang bukan Melayu turut memperlihatkan tanda-tanda keresahan dengan pengenalan tulisan Khat yang dirasakan bakal mengancam kedudukan bangsa dan agama mereka; namun tiada respons dan tindak balas setimpal. Ini merupakan satu bukti jelas bahawa kerajaan sekarang sama sahaja seperti kerajaan sebelum ini, bahkan lebih teruk kerana kerajaan sekarang berkuasa atas janji untuk membawa perubahan. Ya, jawapan balas mereka adalah “Kami pernah mengundi kamu dahulu, tapi tidak lagi untuk selamanya!”
Buah bicara dan petikan seperti “hanya sebahagian kecil membantah”, “kamu harus bersyukur adanya Pendidikan Cina” dan “usahlah dibesar-besarkan hal yang kecil” oleh pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang bagai menyapu garam pada luka.
Asas kepada pengepungan pemikiran ini bukan dibina dalam masa sehari, seminggu, sebulan atau bertahun-tahun—ia merupakan gabungan penyisihan, penindasan dan kezaliman yang terkumpul selama berdekad-dekad.
Lucius Maximus adalah seorang penulis dengan tiga buku setakat ini, Cerita Piala Dunia 2010, Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia dan Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua. Beliau aktif berkicau di Twitter dalam isu-isu yang mendesak.