MALAYSIA DI BAWAH ANWAR RAGU-RAGU SOKONG PALESTIN?

Satu tohmahan yang kerap dimainkan oleh seteru politik adalah kononnya Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ragu-ragu menyokong Palestin.

Naratif ini dimainkan kerana ada segelintir pihak yang mahu menunggang isu Palestin atas faktor kepentingan politik.

Untuk menilai sejauh manakah kebenaran tohmahan itu, kami cuba melihat liputan media antarabangsa terkait PMX, Malaysia dan Palestin.

Ternyata, kelantangan PMX dan Malaysia mendapat perhatian pelbagai media luar negara dari Timur atau Barat termasuklah media di Timur Tengah.

Sebagai contoh, Al Jazeera pernah menerbitkan artikel tentang ketegasan PMX menolak tekanan negara Barat untuk mengutuk Hamas manakala Middle East Monitor, sebuah organisasi pemantauan media yang pro-Palestin pula membuat liputan tentang kemungkinan pasukan pengaman untuk Palestin oleh Malaysia.

Reuters, sebuah media Barat pula pernah mengulas mengenai penyertaan PMX dalam himpunan besar mengutuk Israel dan sekutu Barat manakal Nikkei Asia dari Jepun menulis tentang perang Israel-Hamas yang bersifat peribadi dan politik buat PMX.

Agensi media Turki, Anadolu Ajansi juga tidak ketinggalan melaporkan bagaimana Malaysia menolak sekatan unilateral Amerika Syarikat terhadap Hamas dan The Diplomat pula mengulas mengenai tindakan Malaysia menyiasat firma media sosial yang menyekat kandungan pro-Palestin.

Laporan-laporan media antarabangsa tentang pendirian PMX dan Malaysia ini adalah sebahagian contoh dari banyak lagi liputan yang sama oleh media antarabangsa lain.

Ini jelas sekali membuktikan di mata media antarabangsa sokongan Malaysia di bawah Anwar terhadap Palestin tidak perlu diragukan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak di Malaysia.

Komen