Kenapa Makcik Gelang Pink kena RM8000 dan penjara, sedangkan Menteri kena RM1000 sahaja?
Jawapannya:
1) Makcik Gelang Pink dituduh di Mahkamah. Ada report dibuat ke atas makcik ini, polis buka kertas siasatan, lalu dituduh di bawah Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit 1988.
2) Datuk Khairuddin Aman Razali pula, tidak dituduh di Mahkamah. Sebaliknya, dia hanya dikompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KKM ada kuasa untok kompaun pesalah, tapi tak lebih RM1000. Boleh tengok Seksyen 25.
Itu sebab, Makcik Gelang Pink kita sebut ia sebagai diDENDA, manakala Datuk Khairuddin diKOMPAUN.
3) Kenapa makcik tu kena tuduh kat Mahkamah, tapi Datuk Khairuddin tidak?
Sebab, kalau nak bawa kes ke Mahkamah, polis kena buka kertas siasatan dahulu lepas ada orang report.
Selagi tidak ada report, maka selagi itulah beliau tidak didakwa ke Mahkamah sepertimana Makcik Gelang Pink dan lain-lain pesalah marhaen yang didenda di Mahkamah.
Kalau nak Datuk Khairuddin kena sama macam makcik tersebut, pergilah buat laporan polis, dan minta polis buka kertas siasatan.
(UPDATE: Rupa-rupanya, laporan polis pun ada dibuat. Namun, persoalan kenapa kes ini tidak dibawa ke Mahkamah, perlu dijawab oleh pihak berkaitan)
4) Dah masuk Mahkamah nanti, Datuk Khairuddin kemungkinan besar akan dituduh di bawah Seksyen 22 (b), dan dihukum di bawah Seksyen 24 (a).
Kedua-duanya seksyen yang sama dengan Makcik Gelang Pink dan pesalah-pesalah lain yang didenda dan dipenjara kerana ingkar arahan kuarantin.
5) Dalam Seksyen 24(a), dinyatakan had penjara iaitu maksimum 5 tahun sahaja.
Tetapi, tidak dinyatakan had denda. Ini bermakna, Hakim atau Majistret boleh meletakkan seberapa banyak jumlah denda, mengikut pertimbangan beliau.
Waktu inilah kita boleh tengok, Datuk Khairuddin dihukum dengan kadar denda atau penjara banyak mana. Adakah sama dengan Makcik Gelang Pink? Adakah lebih teruk? Adalah lebih ringan?
Wallahuaklam.
.
6) Maka sekarang, soal kenapa Makcik tu didenda RM8000 dan penjara, tetapi Datuk Khairuddin hanya kena RM1000. Telah pun terjawab.
Namun, persoalan paling penting adalah, kenapa tidak ada report polis dibuat oleh mana-mana pihak berwajib ke atas Datuk Khairuddin?
7) Malah terdapat keraguan tentang kesahihan Datuk Khairuddin telahpun dikompaun RM1000.
Hal ini disebabkan, pada 19 Ogos, KKM mengatakan mereka sedang menyiasat dakwaan Datuk Khairuddin ingkar kuarantin.
3 lepas tu, iaitu 22 Ogos, KKM membuat kenyataan bahawa Datuk Khairuddin telahpun dikompaun pada 7 Ogos yang lepas.
8) Takkanlah KKM tak tahu langsung yang 7 Ogos tu Datuk Khairuddin dah dikompaun? Kenapa perlu ambil masa 3-4 hari untok buat siasatan?
9) Dan apa kena-mengena pula dengan kesalahan ingkar kuarantin dengan bayar tabung Covid19 menggunakan gaji 3 bulan? Aku tak nampak link dia.
Seolah-olah ada budak kampung kantoi mengintai anak dara orang mandi, dan disebabkan itu, dia mengaku salah dan berjanji akan sedekah 3 bulan gajinya di Masjid kampung tersebut.
10) Kalau betul gentle, bukannya bagi gaji 3-4 bulan pada tabung Covid19.
Tapi, serahkan diri pada pihak polis, minta dihadapkan di Mahkamah, dan akur dengan hukuman yang bakal diberikan.
Tapi tu lah. Kalau dah kena hukuman Mahkamah, lebih RM2000, hilanglah kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
Kalau minta maaf secara terbuka pun ambil masa 3-4 hari, apatah lagi nak serahkan tengkuk sampai menghancurkan kerjaya sendiri, ye dak?
Mufarwa Farid merupakan seorang Peguam, Penceramah Motivasi Sekolah, Usahawan dan Penulis Buku Nubook Press.