Khutbah Jumaat Yang Tertunda

Sidang Jumaat (walaupun hari ini sudah Sabtu) yang sengaja tidak mendaftar kehadiran di masjid berdekatan sekalian,

Tahun 2016, seorang lelaki terkenal dan lucu pernah bertanya kepada saya, ‘Hang rasa kita ni cari agama. Atau kita hanya mewarisi agama?’

Tidak pasti mengapa dia bertanya soalan sebegitu rupa. Mungkin kerana dia mencari konten. Atau kerana dia mengharapakan sekelumit pedoman dari saya – seorang lelaki slackers yang seksi.

Saya kira soalan itu sengaja dilontarkan bersama-sama sebuah perangkap. Dan yakinilah, setiap kali sebelum seorang slackers yang seksi memberi jawapan, dia akan senyum nipis selama 13 minit. Itulah yang saya lakukan.

Dua malam lalu, saya ulang tonton filem Life of Pi.

Kalau sidang Jumaat sekalian tidak tahu, filem hebat ini diadaptasi dari sebuah novel bestseller tulisan Yan Martell.

Adik saya, juga bernama Yan, ngefans bangat sama Yan Martell. Dia khatamkam novel tebal nakmatey tu sebelum menyaksikan magis Yan Martell berwarna di layar perak.

Pada mulanya saya tidak berminat akan filem ini. Ini, barangkali salah posternya. Ada muka Pi, watak filem itu berdiri tak pakai baju dan di sebelahnya ada harimau.

Otak saya mudah memproses. Bahawa filem ini ialah filem tipikal binatang boleh bercakap dengan. manusia. Saya benci filem binatang bercakap dengan manusia. Itu sebab filem-filem seangkatan seperti Narnia apa jadah semua tu saya biarkan manusia macam hang je yang tengok. Tak kuasa tengok singa berborak guna suara yang paling dalam.

Tapi entah bagaimana. Barangkali ada cetusan kemikel merusuh dalam urat saraf badan menggerakkan saya menonton filem kisah dramatik – fantastik seorang lelaki bernama Pi.

Ada dua perkara yang sekurang-kurangnya kita wajib sadar tentang filem ini;

1. Pengalaman terapung di atas lautan bersama Richard Parker. (bukan manusia tetapi harimau)
2. Pengalaman spirualiti mencari Tuhan di sepanjang hidup Pi.

Sidang Jumaat yang tengah mengangkang atas sofa,

Mari kita berbicara pasal perkara nombor 2.

Di sepanjang hidup, menjadi lumrah manusia mencari siapa Tuhan mereka (walaupun ada yang tidak, dan bukanlah masalah besar pun). Dan menjalani hidup beragama adalah titian halus menemukan bahagian-bahagian misterius dalam mendalami sisi kompleks mengenal Tuhan.

Pi dibesarkan oleh ibunya yang berpegang teguh dengan agama Hindu. Ayahnya, macam kureng sedikit – lebih mempercayai sains.

Pi adalah seorang budak yang amat berbeza. Sejak dari kecil, dia mempersoal itu dan ini. Fragmen-fragmen soalannya yang sulit perlahan-lahan membentuk keyakinan dia.

Yang peliknya, Pi mengimani kesemua agama. Hindu, Kristian dan juga Islam.

Sidang Jumaat yang dihormati,

Pi bukan bercelaru. Atau was-was macam lelaki muslim mandi wajib 13 jam. Pi adalah manifestasi seorang lelaki yang mencari Tuhannya. Dia meyakini ketiga-tiga agama kerana masing-masing membawanya ke jalan spiritualiti.

Soalannya, adakah ibu dan bapanya marah, resah dan bimbang dengan Pi?

Sidang Jumaat sekalian,

Bayangkan kalau hang meyakini semua agama sekaligus, agak-agak apa makpak kamu buat?

Mungkin punding kencing kamu terisi penuh air penawar. Atau mungkin kamu dihantar ke sekolah pondok. Atau kes paling teruk – mungkin dianggap gila isim.

Tetapi emak Pi, wataknya dilakonkan Tabu, wanita India paling lawa tidak memaksa agama Hindu semata ke atas Pi. Beliau malah menghormati, membantu Pi dengan persoalan-persoalan agama yang rumit. Ayahnya juga rileks. Cuma, dia berpesan, Pi kena cari keyakinan atas satu pilihan. Itu je ayah dan mak dia cakap.

Sidang Jumaat yang dirahmati,

Saya tidak bermaksud menyogok benda bukan-bukan. Saya tahu, subjek agama ialah subjek sensitif. Sensitif bagi yang mindanya yang jumud.

Padahal, keimanan ke atas apa benda sekalipun, datang dari keresahan sebuah persoalan. Kita beriman atas perkara yang kita ragui. Bukankah begitu?

Saya bukannya apa, tuan-puan sidang Jumaat sekalian. Dalam dunia yang penuh kesangsian, prasangka dan kebencian, sewajibnya kita membendung pemikiran agama yang superioriti.

Saya tidak mahu tuan puan jadi macam sesetengah ustaz, golongan agama, yang selalu berkata ‘kesian si polan, baik macam mana pun, tapi tak masuk syurga sebab bukan agama Islam.’

Padahal dia Islam pun sebab Parameswara. Manada mencari?

Pergi bertalaqi sampai ke rumah tok guru tu tadah telinga je, kan? Nak tanya soalan takut. Sebab kalau banyak tanya nanti, tok guru kata jenis tidak beriman. Masuk neraka.

Ah, sudah!

Komen