Jadi, Sudahkah Anda Bersedia Menjadi Anarki?

“Whoever They Vote For, We Are Ungovernable”

SIANGNYA, saya tertawa berdekah-dekah menonton sidang akhbar wakil UMNO dan PAS. Itu antara komedi terbaik pernah saya saksikan. Annuar Musa (UMNO) dan Takiyudin (PAS) ternyata mahir berjenaka.

Dalam kenyataannya kepada media, Annuar Musa yang berpangkat Tan Sri itu mengatakan pada mulanya UMNO dan PAS bersetuju dengan Mahathir untuk membentuk kerajaan perpaduan. Sudah tentu syaratnya tanpa penglibatan DAP. Tetapi kemudian, mereka berkeputusan adalah lebih mulia menyerahkan segalanya kepada rakyat. Kerana rakyat (seperti ayat lacuran paling lumayan) adalah hakim negara. Oleh demikian, adalah lebih adil pilihan raya diadakan dengan segera.

Kelakar!

Segala kekusutan yang berlaku sepanjang tempoh ini bukannya kerana rakyat merusuh. Tidak ada tunjuk perasaan. Tidak ada kekacauan. Tidak ada lambungan koktel molotov. Tidak ada trak FRU di Dataran Merdeka. Keganasan? Ah, rakyat Malaysia adalah rakyat tersabar dan paling tenang di muka bumi kot?

Yang ke sana ke mari bikin ribut ialah hantu raya, pontianak dan saka celaka politikus.

Mereka membuat onar semahu-mahunya. Ada yang tinggalkan jawatan secara tiba-tiba. Ada yang berkomplot merancang dosa di hotel ternama. Ada yang turun naik turun naik istana mengadu domba. Aktiviti harian rakyat jelata tergendala. Risau, bimbang melihatkan drama politik yang meresahkan.

Alih-alih, hantu syaitan terlaknat tidak berguna itu semua meletakkan beban ke atas pundak rakyat. Mahu segera PRU diadakan. Dia ingat rakyat ini apa? Hamba abdi yang disuruh memilih tetapi akhirnya senang-senang dikhianati pilihannya?

Pada malamnya saya dicumbui perasaan duka di ranjang. Saya menangis. Mengasihani saudara yang siang dan malam memandu Grab. Yang berkerja menunggang motorsikal menghantar makanan ke rumah pelanggan. Yang mengajar di sekolah. Yang menunggu gaji setiap 25 haribulan. Yang bekerja di kilang, bertani di ladang dan bertaruh nyawa di lautan gelora.

Mereka ini semua pengundi pada PRU lalu. Mereka ini bangun pagi berbaris panjang di dewan mengundi 22 bulan lepas. Dengan harapan besar, agar negara ini dapat dibangunkan semula dari luka korupsi. Dengan harapan anak-anak dapat menikmati dunia yang lebih adil dan sejahtera. Dengan kebanggaan bahawa undi mereka adalah kuasa, penentu masa depan negara.

Tetapi sebaliknya, mereka barangkali terlupa. Bahawa rakyat tetap rakyat. Hina di mata kuasa besar. Sudahlah haknya mudah dicabul. Suaranya pula senang diperlekehkan.

Hantu raya, pontianak saka celaka politikus tetap berkuasa. Walau ada yang terkalah dalam permainan politik. Tetapi saksikanlah, tiada seorang pun yang jatuh bankrap. Tiada seorang pun yang hilang harta. Malah mereka masih berumah mewah. Tak percaya? Tanyalah Ku Nan.

Tiba-tiba saya dibuai pesanan keramat Emma Merah (Emma Goldman) – wanita anarkis paling merbahaya di eranya. Kata Emma,

“If voting changes anything, they (elite politician) would make it illegal.”

Perlahan-lahan saya dibawa ke alam mimpi.

Anarkis Menolak Sistem Elektoral?

Menjadi tradisi teladan kaum anarkis di dunia, dari dahulu sehingga sekarang, mereka menolak sistem pilihan raya. Kebanyakan anarkis di seluruh dunia menyepakati bahawa mengambil bahagian memilih parti yang berhak menjadi kerajaan adalah sebuah kesia-siaan.

Soalannya, mengapa demikian?

Jose Antonio Gutierrez D menjawab persoalan ini di dalam eseinya bertajuk Anarchist Communism & Elections.

Tulis Jose:

“Whether politicians are thieves or not (and the majority, in fact, are) is not the relevant issue; at most, this argument can be used as a weapon between rival candidates, but it fails to get to the root of the problem. Anarchism, first of all, has nothing against voting as a mechanism, as a method to decide practical matters, as it is making some decisions once the different positions have been debated and exposed, or as it is the election of some delegate or representative. What’s really important is the context where this mechanism is exercised. Anarchists are not, by definition, against “elections” as a mechanism; if in local or national elections we call not to vote, is because of the context in which this vote is exercised; within the framework of the State, which thus can validate its domination over those of us who are excluded from decision making (who coincidentally, happen to be the same people who are excluded from the businessmen feast). When we call not to vote in this kind of elections, what we are really calling for is the struggle against State and Capitalism, not against “elections” as an event. Our opposition, so, is not so much against to voting as to the whole of the State apparatus.”

Yang jelas ialah, sistem pilihan raya yang ada cuma mempromosi memilih antara kompetisi parti-parti politik yang dihujungnya akan dimartabatkan dengan kuasa mutlak.

Anarkis menolak kekuasaan mutlak kerana ia merugikan kreativiti serta potensi masyarakat. Anarkis mahu bersama-sama masyarakat mempraktis demokrasi tulen – sebuah demokrasi yang dizahirkan dari masyarakat kepada masyarakat tanpa hierakis, tanpa limitasi dan tanpa bersandarkan keputusan-keputusan kaum elit.

Telah dinyatakan Edward Abbey, anarchism is democracy taken seriously. Noam Chomsky di dalam buku Occupy membayangkan masyarakat demokratik yang berhasil dari keupayaan ahli-ahlinya menentukan sendiri apa dan bagaimana caranya mereka mencipta perubahan.

Masyarakat yang demokratik adalah masyarakat yang terlahir dari semangat solidariti, kebersamaan dan bebas.

Kata Chomsky,

“Suppose we had a functioning democratic society. Lets just imagined that. What would a primary look like? What would happen in a primary would be that the people in a town would get together and discuss, talk about, and argue about what they want policy to be. They should formulate the conception of what the policy should be. That’s what would happen in a democratic society. What happen in our society? The candidate comes to town with his public relations agents and the rest of them. He gives some talks, and says ‘Looks how great I am. This is what Im going to do for you’. That’ very different from a democratic society.”

Jadi Bagaimana Sekarang?

Kekecewaan sepatutnya menjadikan masyarakat lebih matang. Kita sedang bersedih bagaimana terang-terangan elit politikus mengkhianati kepercayaan yang telah dimandatkan. Enam puluh tahun diperlukan membina kekuatan menukar kerajaan. Kita fikir demokrasi sudah berhasil. Kita yakin kini maruah tidak mudah dijungkir balikkan lagi.

Tetapi kita silap. Apakah kita lupa? Dua puluh dua bulan lalu, kita memilih ‘lesser evil’.

Syaitan tetap syaitan. Meski sedikit pendek tanduknya. Aturan masih sama (walau diulangkali disebut implikasi perubahan akan mengambil masa). Tiada tindakan drastik merawat kesenjangan kelas. Isu perkauman bertambah parah. Sifat nasionalisme ekstrim dan fasisme agama tular sihat. Kapitalisme dipertahankan. Hantu raya, pontianak dan saka celaka kekal berteriak, bercakaran dalam kandang parlimen tanpa mempedulikan nasib masyarakat.

Masyarakat mesti percaya kepada potensi sendiri. Bayangkan sekiranya masalah sampah di kawasan kejiranan dapat kita selesaikan tanpa menunggu lawatan ahli parlimen. Bayangkan sekiranya kuasa diberikan kepada penduduk pekan, kita mampu berkeputusan mengalirkan belanjawan bagi menyiapkan masalah setempat dari isu pendidikan di sekolah, fasiliti awam, layanan kesihatan dan pelbagai urusan bersama. Juga bayangkan di tempat-tempat kerja, pekerja mampu mengorganisasi dan berkongsi hasil produksi tanpa kebimbangan berlakunya lagi ketidakadilan pendapatan.

Utopia?

Tidak! Selagi mana kita sanggup menyeret surga jatuh ke tanah bumi, kita berhak mencipta dunia yang lebih saksama.

Pesan almarhum Ursula K. Le Guin,

“You cannot buy the revolution. You cannot make the revolution. You can only be the revolution. It is in your spirit, or it is nowhere.”

Jadi, bagaimana?

Sudahkah anda bersedia untuk menjadi anarki?

Komen