Darwinisme Dan LGBT

Darwinisme merupakan satu teori ideologi yang diutarakan oleh Charles Darwin, salah seorang tokoh filosofer Barat yang berasal dari England yang memegang atas teori Naturalism iaitu golongan yang menolak segala bentuk asal sesuatu kejadian dan berpegang kepada sesuatu perkara berlaku secara semulajadi tanpa perantaraan antara metaphysic being ataupun kuasa ghaib atau Tuhan dari sudut teologi.

Sama juga seperti pandangan bahawa Big Bang berlaku secara semulajadi tanpa ada perantaraan seperti yang disebut di dalam Al Quran. Menurut Teori Evolusi Darwinisme, terdapat lima pancang utama dalam teori evolusi Darwin termasuklah 1) perpetual change iaitu bahawa alam ini seringkali mengalami perubahan; 2) common descent (walaupun bercanggahan dengan teori Darwin itu sendiri) yang mengatakan bahawa setiap manusia berasal dari baka atau keturunan yang sama (penulis sendiri tergelak kecil apabila memahami tentang teori ini kerana bercanggahan dengan pegangan naturalisme yang dipegang oleh Darwinisme, dan jika diperhatikan selari dengan konsep manusia berasal daripada Nabi Adam); 3) Multiplication of Species iaitu spesis tidak lagi bergantung kepada percampuran pasangan tetapi spesies berpecah kepada sel lain (seperti amoeba); 4) Gradualism, perubahan yang besar berpunca daripada perubahan yang kecil; dan 5) Natural Selection atau sesuatu yang berlaku itu merupakan satu proses pilihan yang dipanggil adaptasi. Contoh, chameleon beradaptasi kepada suhu persekitaran.

Teori evolusi Darwin bersangkutan dengan tiga hipotesis termasuklah mikroevolusi, di mana populasi akan menghasilkan lebih keturunan yang berkaitan dengan survival atau kebolehmandirian kehidupan itu sendiri bergabung dengan makroevolusi iaitu semua organisma kompleks bergantung kepada organisma yang lebih mudah (banyak kepada satu). Maka terhasil satu teori Darwinisme atau Actualism iaitu microevolution ditambah dengan persekitaran mencukupi untuk makroevolusi. Mungkin kebanyakkan daripada anda hanya fikir Darwinisme hanya tentang beruk menjadi manusia tapi lebih daripada itu namun suka untuk saya kupaskan tentang itu kerana bersangkutan dengan tajuk artikel saya.

Dan dari Darwinisme juga muncul pelbagai nama dan spesis untuk manusia bermula daripada beruk hingga ke manusia. Daripada Australopithecus Afarensis kepada Homo Sapien, dari beruk ke manusia yang penuh sifat manusiawi. Planet Of The Apes merupakan antara filem yang mempromosi teori Darwinisme. Cetusan idea Darwinisime datang daripada lawatan Darwin sendiri ke salah satu hutan dan beliau memerhatikan rama-rama yang mempunyai bentuk yang sama tapi berbeza spesis.

Kesilapan paling besar Darwin waktu itu adalah ketika beliau menyamakan teori adaptasi yang diperolehi oleh iguana serta kameleon kepada manusia dan menerima banyak kritikan bukan sahaja melalui sarjana Islam tetapi juga sarjana Barat termasuklah penentang teori Darwinisme sendiri iaitu Henri Bergson yang mengutarakan idea Creative Evolution dimana berlawanan dengan teori Darwin yang melihat luaran akan mengubah aspek dan peribadi sesebuah spesis. Bergson mengujarkan tentang progressive atau perubahan melalui dalaman yang mencetuskan evolusi itu sendiri di mana bagi penulis amat unik.

LGBT merupakan satu propaganda yang menggerakkan bahawa cinta adalah cinta tidak kiralah sesama jenis. Menurut propaganda penulis, kesannya begitu hebat dan hampir berjaya kerana bermula daripada satu gerakan di bawah tanah dan rusuhan di Stonewall 1969 sehinggalah kini ia satu perkara yang dinormalisasikan dan menimbulkan kecelaruan terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat di mana kepada sesiapa rakyat yang tidak menyokong gerakan LGBT dianggap sebagai homofobik dan boleh ditangkap atas tuduhan menimbulkan kebencian.

Media massa juga semakin galak menanamkan ideologi LGBT sehinggakan setiap filem Marvel umpama wajib memasukkan agenda LGBT dan termasuklah rancangan animasi kanak-kanak yang merisaukan golongan konservatif di sana yang suka dengan kehidupan fitrah, hanya lelaki dan wanita. Kewujudan LGBT menampakkan dan menimbulkan pelbagai jantina sehinggakan wujud satu terma non-binary ataupun tidak ingin diklasifikasikan sebagai jantina apa pun. Ini menimbulkan depopulasi di Amerika apabila kadar kelahiran turun mendadak sebanyak 400,000 dan LGBT merupakan antara faktor yang terlibat di samping kewujudan golongan feminisme yang mengabaikan perkahwinan. Benarlah kata orang, semakin maju sesebuah tamadun, makin menurun kadar moraliti dalam masyarakat maju di abad ke-21 ini.

Persamaan yang saya sebagai penulis cuba sampaikan melalui artikel ini ialah bagaimana kepercayaan terhadap kelahiran secara fitrah itu cuba ditolak tepi. Kelahiran bayi itu umpama satu perkara buruk dan dianggap sebagai punca kepada permasalahan di dunia termasuklah masalah bekalan makanan, alam sekitar serta masalah ekonomi. Bagi mereka, makin membiak atau makin ramai sesuatu masyarakat manusia, semakin kurang bekalan makanan yang membawa kepada masalah kebuluran serta masalah alam sekitar yang lain.

Kalau dulu propaganda Darwinisme cuba disampaikan melalui filem tetapi kini propaganda LGBT cuba disuap masuk ke minda masyarakat terutamanya masyarakat Malaysia yang masih memegang kepada adat ketimuran.

Ketidakadilan yang cuba disuntik masuk ke minda masyarakat ini bukan sahaja melampaui norma masyarakat tetapi menyebabkan kepincangan terhadap keharmonian sistem bermasyarakat atau sistem tamadun yang dibina oleh generasi masa lampau. Kitaran hubungan kemanusiaan yang bermula daripada diri ke keluarga-kejiranan-masyarakat-negara semakin terlupus kerana agenda Barat yang menyusup masuk ke dalam roh ketimuran masyarakat Malaysia terutamanya generasi Z masakini.

Motif utama mengapa propaganda ini diwujudkan adalah untuk mengurangkan populasi masyarakat agar sumber makanan ataupun food security dapat dijaga dan hanya manusia yang tinggal dapat memperolehi keseimbangan dalam dapatan makanan. Umpamanya, apabila agenda LGBT ini berjaya diperluas, makin ramai masyarakat yang tidak ingin berkeluarga kerana memilih jalan songsang seterusnya menyebabkan kadar kelahiran di Malaysia semakin berkurang lantas menimbulkan kebimbangan terhadap populasi rakyat Malaysia.

Oleh hal yang demikian, perkara seperti ini tidak harus dipandang enteng kerana ia semakin dinormalisasikan pada masyarakat kini dengan kehadiran Tiktok sebagai medium utama. Lantas, jika Darwinisme ingin menyangkal tentang kewujudan Tuhan atau Allah sebagai pencipta utama gagal, maka gerakan LGBT wujud untuk menyangkal kepentingan hidup berpasangan serta memperolehi zuriat sama seperti gerakan radikal feminisme yang ingin menyeimbangkan wanita terhadap lelaki dalam semua perkara sedangkan jelas di dalam Al Quran bahawa wanita dan lelaki melengkapi satu sama sendiri dan masing-masing punya kelebihan dan kekurangan tersendiri.

(Artikel tulisan saudara Adil Anuar ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Solidaritas)

Komen