Bila Sudah Tercirit, Barulah Abah Kelam-Kabut Menggali Lubang

Abah sudah tercirit. Tercirit di sini bermaksud Abah sudah tiada majoriti lagi di dalam Dewan Rakyat. Perkara ini diakui Abah sendiri dalam ucapan khasnya semalam bersama rakan-rakan pengkhianat.

Kerana sudah tercirit, barulah kini Abah kelam-kabut menggali lubang. Lubang yang dimaksudkan di sini adalah tawaran demi tawaran yang Abah sebut dalam ucapan khasnya semalam bersama rakan-rakan pengkhianat.

Apa tawaran Abah? Macam-macam ada.

Antara yang menggiurkan adalah seperti peruntukan samarata untuk semua ahli parlimen, had dua penggal untuk Perdana Menteri, undang-undang anti lompat parti, persetujuan untuk UNDI18, lebih banyak jawatankuasa parlimen dengan separuh darinya dipengerusikan oleh ahli parlimen pembangkan, rundingan pra-pembentangan untuk belanjawan serta tidak ketinggalan naik taraf kedudukan Ketua Pembangkang untuk menyamai status seorang Menteri Kanan.

Tidak cukup dengan itu, Abah juga turut berjanji akan mengadakan pilihan raya umum selewat-lewatnya penghujung Julai 2022. Sementara menunggu sampai ke waktu yang dijanjikan itu, Abah menawarkan satu perjanjian Confidence and Supply Agreement (CSA) kepada blok pembangkang dengan tawaran-tawaran yang disebut di atas tadi.

Pendek kata, Abah meminta diberi peluang untuk kekal sebagai Perdana Menteri sehingga Julai 2022 sebagai balasan untuk semua tawaran itu.

Abah juga turut menyebut dalam ucapan khasnya semalam bersama rakan-rakan pengkhianat bahawa walaupun Abah sudah tercirit kerana tiada majoriti, orang lain juga sama. Tiada siapa yang ada majoriti maka pada pandangan Abah mereka semua tercirit juga.

Abah mungkin lupa, pasca Langkah Sheraton dahulu pun Abah tiada majoriti sebenarnya. Yang Abah ada ialah scheme of things atau tawaran-tawaran yang Abah tabur kepada PAS, BN dan GPS antaranya untuk menyokong kepimpinan Abah sebagai Perdana Menteri yang tidak diundi oleh sesiapa.

Mungkin inilah kemahiran Abah yang sebenarnya. Memberikan tawaran supaya Abah kekal berkuasa. Tetapi Abah lupa amalan sebeginilah yang sekarang memakan dirinya. Scheme of things Abah seperti kita semua tahu membuatkan kerajaan yang ada hari ini adalah yang paling tidak efisien, korup, dua darjat dan munafik. Menteri-menteri dilantik bukan kerana mereka berkebolehan, tetapi kerana mahu mendapatkan sokongan. Kemudian menteri-menteri yang gagal dalam menjalankan tugas ini kekal sebagai menteri kerana Abah tidak ada kekuatan membuang mereka kerana takut hilang sokongan.

Kesemua permsalahan itu membawa kita ke situasi sekarang. Di mana Abah sudah tercirit di dalam seluarnya sendiri. Tahi dan lendir cirit itu sudah melekat dan baunya semerbak kini menusuk hidung semua rakyat Malaysia yang terpaksa memaki pelitup muka berganda untuk menghalang bau dan sentiasa perlu mencuci atau mensanitasi tangan takut-takut ada tersentuh lendir cirit Abah tadi.

Hari ini, setelah tercirit Abah sibuk pula mahu menggali lubang. Tetapi sudah terlambat. Apalah gunanya menggali lubang kalau sudah tercirit dalam seluar? Lubang-lubang atau tawaran-tawaran itu tadi sepatutnya ditawarkan lama dahulu ketika ianya diminta blok pembangkang. Blok pembangkan sudah tidak ingin menyambut tawaran itu semua kerana ia berbau cirit dan jijik untuk dipegang.

Jadi apa yang perlu Abah buat?

Bila sudah tercirit, yang perlu dibuat adalah dibasuh lubang dubur dan ditukar seluar yang terkena cirit tadi. Inilah yang diidamkan rakyat Malaysia. Negara ini perlu dibersihkan semula dan kerajaan perlu ditukar. Barulah hilang jijik lendir cirit dan bau busuk cirit yang menusuk hidung. Agar senang kita bernafas seperti biasa dan tidak perlu lagi takut-takut tangan terpalit kotor.

Ini yang sebetulnya.

Harap Abah dan rakan-rakan pengkhianat semua faham.

Komen