BAGAIMANA PMX BERJAYA MENGURANGKAN DEFISIT BELANJAWAN

Tahukah anda, Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila mencipta dua rekod berkaitan tanggungjawab fiskal dalam menguruskan kewangan negara?

Yang pertama, Belanjawan 2024 adalah belanjawan pertama dalam tempoh empat tahun yang menyaksikan jumlah defisit belanjawan kembali di bawah paras RM90 bilion.

Ia mengulangi pencapaian dalam Belanjawan 2020 di bawah Kerajaan PH 1.0 yang mencatatkan defisit belanjawan sebanyak RM87.6 bilion.

Istilah defisit belanjawan merujuk kepada keadaan di mana jumlah perbelanjaan mengatasi jumlah pendapatan untuk belanjawan pada tahun tersebut.

Belanjawan 2021, 2022 dan 2023 menyaksikan situasi defisit belanjawan di atas paras RM90 bilion sebelum ia akhirnya berjaya diturunkan kembali ke angka RM85.4 bilion untuk tahun 2024.

Rekod kedua yang berjaya dicapai dalam Belanjawan 2024 adalah defisit belanjawan mengikut peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang terendah dalam tempoh lima tahun.

Berbanding 2020 (6.2%), 2021 (6.4%), 2022 (5.6%) dan 2023 (5.0%); Belanjawan 2024 mencatatkan defisit belanjawan pada kadar 4.3% dari KDNK.

Kadar defisit belanjawan yang rendah adalah petanda positif yang menggambarkan kemapanan ekonomi dan keutuhan pasaran kewangan Malaysia.

Kejayaan PMX menurunkan jumlah defisit belanjawan di bawah paras RM90 bilion dan kadar peratusan KDNK yang lebih rendah adalah bukti keupayaan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinannya dalam merencana pengurusan kewangan negara.

Ia juga menjadi satu tarikan positif kepada pelabur luar agar terus berasa yakin untuk melabur di Malaysia sekaligus menambah aliran wang masuk selain mewujudkan peluang pekerjaan buat rakyat Malaysia.

Komen