BAGAIMANA DUA PERDANA MENTERI MENGIKTIRAF KETUA-KETUA KERAJAAN NEGERI?

Baru-baru ini berlangsung pertemuan ketua kerajaan dua negara di perbatasan Malaysia dan Thailand.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Perdana Menteri Srettha Thavisin di sempadan Bukit Kayu Hitam-Sadao untuk membincangkan isu-isu terkait kedua negara dan hal-hal perbatasan.

Oleh kerana Bukit Kayu Hitam terletak di dalam negeri Kedah, maka undangan telah diberikan kepada Menteri Besar Kedah untuk turut serta dalam pertemuan tersebut.

Undangan juga turut diberikan kepada Menteri Besar Perlis memandangkan Sadao merupakan amphoe (daerah) Thailand yang turut berkongsi sempadan dengan Perlis.

Tidak sama seperti Thailand, Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang mempunyai dua lapisan kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.

Atas nama menghormati semangat federalisme ini, PMX menjemput ketua kerajaan negeri untuk turut serta kerana sedar isu-isu yang dibincangkan bersama kerajaan Thailand akan turut menyentuh kepentingan negeri-negeri terlibat.

Justeru kehadiran PMX bersama MB Kedah dan Perlis adalah satu bukti pengiktirafan kerajaan Persekutuan ke atas ketua-ketua kerajaan negeri walaupun berlainan parti politik.

ia jelas berbeza dengan amalan yang dibuat oleh PM8 satu masa dahulu apabila gagal menjemput dan melibatkan lima ketua kerajaan negeri Pakatan Harapan dalam mesyuarat COVID-19.

Sedangkan negara sedang berhadapan dengan ancaman pandemik yang memerlukan kerjasama erat persekutuan dan negeri dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Tetapi sayang sekali kerajaan pada ketika itu memilih untuk mengetepikan lawan politik mereka dek kerana fahaman politik partisan yang sempit melebihi semangat federalisme yang sepatutnya diutamakan.

Komen