Baru-baru ini tular tentang tuaian padi pertama projek SMART Sawah Berskala Besar (SBB) Mini Sekinchan.
Walaupun namanya Mini Sekinchan, tetapi lokasi projek rintis ini bukanlah di Selangor tetapi sebaliknya di Kampung Lat 100, Simpang Empat, Perlis.
Projek ini melibatkan kawasan seluar 187 hektar di tanah bendang MADA dan BERNAS dengan penglibatan seramai 79 orang pesawah padi.
Purata tuaian pertama projek ini adalah sekitar 11.4 metrik tan/hektar, jauh mengatasi purata tuaian padi di kawasan MADA yang rata-ratanya antara 4 hingga 6 metrik tan/hektar.
Apa yang lebih menarik, purata tuaian ini juga merupakan hasil tertinggi di kawasan MADA dalam tempoh 30 tahun!
Projek rintis ini dinamakan Mini Sekinchan kerana ia mengguna pakai Knowledge, Attitude dan Practice pesawah padi di Sekinchan, Selangor yang merupakan kawasan sawah dengan hasil tuaian per hektar tertinggi di Malaysia.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mensasarkan tahap sara diri (SSL) beras negara dapat ditingkatkan dari 63% pada masa kini ke tahap 75% dalam tempoh RMK-12 dan seterusnya ke paras 80% SSL beras negara menjelang 2030.
Untuk itu penanaman padi sebanyak 5 musim setiap 2 tahun seperti di Sekinchan akan diperkenalkan berbanding 2 musim setiap tahun yang diamalkan sekarang.
Malahan peruntukan khas berjumlah RM3 bilion untuk projek pengairan, infra dan sebagainya juga telah diluluskan bagi membawa Sekinchan ke seluruh jelapang padi negara.
Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, inisiatif kerajaan bagi nampak, esok jangan pangkah perikatan. Eh?!