33% KENAIKAN PENDAPATAN KWSP UNTUK 9B 2023

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pendapatan pelaburan mereka untuk 9 bulan pertama 2023 (Jan – Sep).

Sejumlah RM47.86 bilion pendapatan pelaburan direkodkan sehingga 30 September 2023.

Jumlah ini adalah kenaikan sebanyak 33% daripada RM36.04 bilion yang dicatatkan untuk tempoh yang sama pada tahun 2022.

Nilai aset pelaburan KWSP pula kini di paras RM1.092 trilion setakat 30 September 2023.

Dari jumlah tersebut, 62.3% adalah terdiri dari aset pelaburan domestik dan baki 37.7% adalah dari aset pelaburan luar negara.

Ada peningkatan dalam pelaburan luar negara sejak Disember 2022 disebabkan oleh pergerakan positif dalam pertukaran matawang asing, serta peningkatan modal yang mendorong penilaian tinggi.

Sebahagian besar dari pendapatan pelaburan yang diperolehi dijana untuk Simpanan Konvensional iaitu RM42.71 bilion manakala untuk Simpanan Syariah, pendapatan pelaburan adalah sebanyak RM5.15 bilion.

Satu lagi perkara positif yang diumumkan oleh KWSP ialah lonjakan dalam caruman sukarela menandakan peningkatan kesedaran terhadap jaminan pendapatan masa depan.

Pertambahan pendapatan pelaburan dan nilat aset pelaburan KWSP ini juga adalah petanda positif terhadap pengukuhan ekonomi negara dalam tempoh setahun ini.

Komen