SUSUR GALUR KEBEJATAN SANUSI (BAHAGIAN 2)

Walaupun telah diberikan pengiktirafan selayaknya sebagai ketua kerajaan negeri hingga dijemput turut serta dalam pertemuan antara PM Malaysia dan PM Thailand, nampaknya masih ada yang tidak kena buat MB Kedah.

Terkini, MB Kedah telah membuat kenyataan di dalam Sidang DUN Kedah pada 29 November 2023 mengenai ketiadaan kerusi untuk beliau semasa mesyuarat pre-council bersama PMX.

Kenyataan ini memaksa Wisma Putra untuk tampil mengeluarkan kenyataan balas bagi menjelaskan duduk perkara yang sebenarnya.

Mengikut kenyataan Wisma Putra, satu surat jemputan kepada MB Kedah telah diserahkan pada 25 November untuk menyertai lawatan PMX bersama PM Thailand ke ICQS Bukit Kayu Hitam pada 2.15 petang, 27 November.

Pada pagi 27 November itu, satu mesyuarat pre-council telah diadakan bersama PMX di Hotel Raia, Alor Setar sebelum pertemuan dengan PM Thailand.

Namun sungguh mengejutkan, MB Kedah tiba-tiba hadir ke mesyuarat pre-council walaupun tidak dijemput pada asalnya.

PMX bagaimanapun memberikan pertimbangan khas dan telah menyediakan kerusi untuk MB Kedah duduk diam di dalam mesyuarat pre-council itu.

Pada hari yang sama petangnya pula, sekali lagi MB Kedah membuat permintaan mengejut saat akhir untuk ikut serta lawatan ke Sadao, Thailand walaupun sekali lagi beliau tidak dijemput bersama di dalam surat jemputan asal.

Dan sekali lagi juga PMX memberikan pertimbangan khas termasuk meminta rakan sejawatnya dari Thailand untuk memenuhi permintaan MB Kedah itu menyertai delegasi rasmi PMX.

Namun setelah dua kali pertimbangan khas diberikan, pada 29 November MB Kedah mengeluarkan kenyataan di dalam Sidang DUN Kedah mengenai isu ketiadaan kerusi sehinggakan Wisma Putra terpaksa mengeluarkan kenyataan balas berselang dua hari kemudian.

Komen