SEKOLAH AGAMA BERDAFTAR DI SETIAP NEGERI

Tular fitnah Dajjal tentang 200 sekolah agama di Selangor diarahkan tutup sekaligus menimbulkan tohmahan pendidikan Islam disekat di negeri itu.

Namun di sebalik fitnah tersebut, rekod dari Sistem Maklumat Pendidikan Islam (Simpeni), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendedahkan Selangor negeri yang paling banyak sekolah agama berdaftar.

Sejumlah 1,131 sekolah agama dari peringkat pra sekolah hingga menengah termasuk aliran tahfiz wujud untuk mendidik anak Selangor dalam ilmu agama.

Jumlah ini jauh mengatasi bilangan sekolah agama di negeri PN sekalipun digabungkan jumlahnya di negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Justeru tohmahan Islam terancam di Selangor nyata sekali meleset.

Selangor adalah contoh bagaimana pengoperasian sekolah agama dibuat secara teratur dan sistematik bagi menjaga kualiti pendidikan Islam.

Ia selaras dengan titah Sultan Selangor yang mahukan semua sekolah agama termasuk institusi tahfiz berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor bertujuan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan para pelajar dan seluruh warga institusi tahfiz persendirian.

Usaha murni kerajaan negeri Selangor ini turut mendapat kerjasama dari Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dianggotai 478 institusi sekolah agama persendirian.

Ternyata sekali di bawah pemerintahan kerajaan PH selama ini syiar Islam semakin mekar berkembang di Selangor jauh mengatasi negeri-negeri di bawah pentadbiran PN atau PAS.

Komen