PROGRAM eMADANI

Pastinya ramai yang akan membuat tuntutan eMADANI bermula 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

Pendaftaran dan tuntutan boleh dibuat menggunakan aplikasi e-dompet pilihan masing-masing yang terdiri dari MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Semua warganegara berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 adalah layak untuk membuat penebusan eMADANI.

Pemohon juga hendaklah merupakan seorang penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau memperolehi pendapatan tahunan RM100,000 ke bawah untuk layak.

Objektif eMADANI adalah memberikan manfaat kepada rakyat agar nilai kredit yang diberikan boleh digunakan sebaiknya untuk keperluan masing-masing.

Ia juga sebagai satu galakan untuk rakyat menggunakan aplikasi e-dompet dan memacu masyarakat ke arah pembayaran tanpa tunai.

eMADANI juga bertujuan untuk memangkin pendapatan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi merancakkan aliran tunai di kalangan perniagaan tempatan.

Ia menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan orang awam tentang kenapa kredit eMADANI tidak boleh digunakan untuk pembayaran bil, parkir, tol, pembelian atas talian dan sebagainya.

eMADANI adalah sebahagian dari usaha kerajaan bagi memastikan bantuan kewangan yang disalurkan dapat kepada golongan sasar dan digunakan untuk manfaat ekonomi yang sepatutnya.

Kredit RM100 eMADANI yang diperolehi boleh digunakan sehingga 29 Februari 2024 maka gunakanlah ia dengan bijak dan berhema

Komen