Isu Palestin sepatutnya menyatu padukan rakyat Malaysia kerana negara kita telah lama bersolidariti dengan perjuangan Palestin.
Setiap individu yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia telah bersuara mengenai isu Palestin dan tidak sepatutnya komitmen dan keikhlasan mereka dipertikai.
Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga seorang yang lantang bersuara dalam membela perjuangan negara Palestin yang merdeka.
Kelantangan PMX ini bukan hanya timbul ketika berlakunya perang di Palestin, tetapi malar atau berterusan.
Kita hanya perlu melihat kepada ciapan PMX di media sosial X sebelum Oktober 2023 sebagai bukti solidariti beliau terhadap Palestin sepanjang masa.
Baik ketika menerima panggilan telefon dari Presiden Palestin atau pemimpin Hamas, PMX memberi jaminan Malaysia kekal komited dan teguh dalam perjuangan Palestin.
Nada yang sama turut disampaikan apabila meraikan kunjungan Mantan Mufti Besar Palestin atau Imam Besar Masjid Al-Aqsa dalam usaha membebaskan Al-Quds sebagai kota suci umat Islam.
Ketika ulang tahun Nakba ke-75, PMX memperingatinya dengan ciapan mengutuk pendudukan haram Israel dan berpegang utuh dengan pendirian mengembalikan hak rakyat Palestin yang sah dan mutlak.
Memang ada sesetengah pemimpin politik yang gemar menangguk di air keruh, bersuara tentang Palestin apabila ianya tular dan sedap ditunggang untuk kepentingan politik mereka.
Namun tidak untuk PMX, baik ketika damai atau perang komitmen dan keikhlasan beliau dalam memperjuangkan isu Palestin tetap konsisten sepanjang masa.