blank

Kenyataan Media Bersama 127 NGO-NGO

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
blank

Rayuan Kepada Pihak Kerajaan Untuk Membenarkan Pengedaran Makanan Dan Keperluan Asas Oleh NGO

Kami, pertubuhan-pertubuhan masyarakat madani dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) terkesan dengan pengumuman oleh Menteri Pertahanan Ismail Sabri bahawa NGO-NGO kini tidak dibenarkan mengedar makanan kepada golongan berisiko.

Kami sedar betapa seriusnya situasi yang kini melanda negara, dan kami memberi komitmen sepenuhnya untuk membantu kerajaan untuk bersama-sama melawan Covid-19 dan menghentikan penyebaran virus ini.

Pada masa yang sama, mungkin wujud kekurangan kesedaran terhadap berapa banyak komuniti dan golongan berisiko yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakkan (MCO), dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan barangan keperluan asas termasuk makanan.

Golongan-golongan yang terkesan termasuk golongan B40, golongan miskin di bandar dan luar bandar, rakyat yang telah hilang punca pendapatan akibat MCO, golongan tua, golongan yang tidak boleh keluar rumah, orang sakit, anak yatim, orang asli, pekerja asing, pelarian, dan ramai lagi.

Kerajaan agaknya tidak mungkin ada senarai semua golongan berisiko yang memerlukan bantuan pada masa ini, atau mampu mengambil alih semua usaha kerja membantu komuniti-komuniti ini dengan segera. Dasar sentralisasi yang dicadangkan ini dibimbangkan adalah hasil daripada perancangan yang kurang efektif dan pemahaman yang mungkin tidak lengkap berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh golongan miskin.

NGO-NGO tidak wujud untuk menggantikan peranan kerajaan, atau memburukkan nama baik kerajaan. Konsep #KitaJagaKita bukan berhasrat memberi apa-apa implikasi bahawa kerajaan gagal dalam mana-mana usaha – ianya hanya menekankan bahawa krisis ini cukup parah sehingga semua rakyat Malaysia diharuskan memikul tanggungjawab untuk menjaga kebajikan satu sama lain.

Kami merayu agar kerajaan memberi pelepasan kepada NGO-NGO untuk mengedar makanan, perubatan, dan keperluan lain meneruskan usaha mereka secara selamat dan bertanggungjawab, sambil memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak kerajaan dan mematuhi garis panduan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kami yakin NGO-NGO terlibat akan terus mengambil langkah-langkah yang sepatutnya demi menjaga kesihatan dan keselamatan termasuk mengguna pembersih tangan, memastikan penjarakkan sosial, dan mengehadkan nombor pekerja yang terlibat kepada yang diperlukan sahaja.

Krisis ini menjejaskan kehidupan ramai rakyat Malaysia. Kita semua perlu bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat yang bersatupadu.

1. Agora Society
2. ALIRAN
3. Al-Hasan Volunteer Network
4. AMMPO-SENTRO
5. Association of Women with Disabilities Malaysia
6. Asylum Access Malaysia
7. BENTARAKATA
8. Bersih 2.0
9. Beyond Borders Malaysia
10.Borneo Komrad
11.Buku Jalanan Chow Kit
12.Cahaya Society
13.Calvary Rainbow Assembly
14.CARAM Asia
15.Carefugees
16.CAREmart Sdn Bhd
17.CARING ASSOCIATION PERAK
18.Center for Independent Journalism (CIJ)
19.Center for Orang Asli Concerns
20.Challenges Foundation
21.Childline Foundation
22.Community Development Centre (CDC)
23.CRIB Foundation
24.Crisis Relief Services and Training (CREST) Malaysia
25.Dapur Jalanan Kuala Lumpur
26.Development of Human Resources for Rural Areas (DHRRA), Malaysia
27.Dignity for Children Foundation
28.Eliminating Deaths And Abuse In Custody Together (EDICT)
29.EMPOWER
30.ENGAGE
31.Faith Free Market
32.Faithworks
33.Family Wellness Club, Ipoh, Perak
34.FIMA Advisory Council
35.Food Aid Foundation
36.Foreign Spouses Support Group
37.Gerak Malaysia
38.Global Shepherds
39.Good Shepherd Services
40.Health Equity Initiatives
41.HISTEAM 7979 Network
42.HPR Hope for Pakistani Refugees
43.Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
44.Islamic Medical Association Malaysia (IMAM)
45.Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
46.Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
47.Kajang Pastors Fellowship (KPF) Foodbank
48.Kechara Soup Kitchen Society
49.Kelab Rekreasi Pengasuh Malaysia (KRPM)
50.Kelab Sastera Mahasiswa UMS (KARMA)
51.Kiwanis Club of Damansara
52.Kiwanis Club of Tambun
53.KL and Selangor Chinese Assembly Hall
54.KL Urban Fellowship
55.KRYSS Network
56.KSI Strategic Institute for Asia Pacific
57.The Lost Food Project
58.Majlis Belia Malaysia
59.Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM)
60.Malaysian CARE
61.Malaysia Christian for Justice
62.Malaysian CSO SDG Alliance
63.Malaysian Dravidian Association
64.Malaysia Hindu Sangam Perak State
65.Malaysian Social Research Institute (MSRI)
66.Methodist Crisis Relief and Development (MCRD)
67.Muhibbah Food Bank Malaysia Society
68.Muslim Professionals Forum (MPF)
69.Need to Feed the Need (NFN)
70.NGOhub
71.Onward Consulting
72.Our Journey
73.Palestinian Refugee Community
74.Partners of Community Organisations (PACOS Trust)
75.Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
76.Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia
77.Persatuan Kebajikan Gemilang Johor Bahru
78.Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
79.Persatuan Pendidikan Bajau Laut (Iskul Sama DiLaut Omadal)
80.Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia
81.Persatuan Prihatin Komuniti Johor Bahru
82.Persatuan Sahabat Wanita (PWS) Selangor
83.Persatuan WeCareJourney
84.PERTIWI
85.Pertubuhan HOPE Selangor
86.Pertubuhan Kebajikan Amal En Xin Negeri Sembilan
87.Persatuan Kebajikan Biji Sawi (Mustard Seed Soup Kitchen)
88.Pertubuhan Pembangunan Kebajikan dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED)
89.Pertubuhan Pembangunan dan Kemajuan Sekolah Tamil Malaysia (PPST)
90.Pertubuhan Pengurusan Pusat Jagaan 1 Malaysia
91.Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN Malaysia)
92.Pertubuhan Sikh Naujawan Sabha Malaysia
93.Pertubuhan Solidaritas
94.Pertubuhan Sukarelawan Harapan Malaysia (MOVE MALAYSIA)
95.Pertubuhan Titian Digital Malaysia (PTDM)
96.Pertubuhan Wadah Siswazah Islah Malaysia WASILAH
97.Philandure
98.Projek57
99.Projek Wawasan Rakyat (POWR)
100.The Pit Stop Community Cafe
101.PT Foundation
102.Pusat Jagaan Kanak-kanak Epileptik Klang
103.Pusat KOMAS
104.Refuge for the Refugees
105.Ruang Kongsi
106.Ruth Education Centre
107.Salam Relief
108.The Salvation Army
109.Samaritan Hope
110.Sandakan Muslim Volunteer (MUST)
111.SAWO
112.Soroptimist International Kota Kinabalu
113.SUARAM
114.Suara Mahasiswa UMS
115.Tanma Federation
116.Telugu Association of Malaysia
117.Tenaganita
118.Toy Libraries Malaysia
119.Treat Every Environment Special (TrEES)
120.World Vision Malaysia
121.WWF-Malaysia
123.Yayasan Amal ASAS
124.Yayasan Chow Kit
125.Yayasan Generasi Gemilang
126.Yayasan Foodbank Malaysia
127.Yayasan Kajian dan Pembangunan Masyarakat

Komen