KEMBALINYA GERAN BANTUAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT SELEPAS 20 TAHUN

Tahukah anda, satu masa dahulu setiap Sekolah Agama Rakyat (SAR) diberikan geran bantuan oleh kerajaan bagi memastikan SAR dapat beroperasi dengan lancar dalam menyampaikan pelajaran agama Islam?

Akan tetapi pada tahun 2003, Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membuat keputusan untuk tidak lagi memberikan bantuan kepada SAR.

“Kami tidak akan memberi bantuan kepada sekolah agama rakyat. Yang kita utamakan ialah pelajaran agama Islam dan ia akan disampaikan kepada murid sekolah kebangsaan,” ujar PM4 pada tahun 2003.

Yang sebetulnya, tindakan menghentikan geran bantuan tersebut bersifat politik kerana kerajaan ketika itu tidak senang dengan hala tuju pelajaran agama Islam di SAR.

Akibat keputusan PM4 itu, SAR tidak lagi menerima bantuan dari kerajaan tetapi sebaliknya perlu meminta dana dari pihak lain atau berusaha sendiri untuk kekal mandiri.

Pengabaian SAR ini berlanjutan 20 tahun lamanya walaupun selepas PM4 tidak lagi menjadi Perdana Menteri kerana tidak ada mana-mana pentadbiran selepas itu yang mempunyai iltizam untuk mengembalikan bantuan tersebut.

Syukur dengan tertubuhnya Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan PMX, ada kesedaran untuk mengembalikan geran bantuan SAR yang berdaftar di bawah JAKIM.

Geran bantuan bernilai RM20,000 ini tentu sekali dapat menyokong fungsi SAR dalam melahirkan generasi baharu Islam yang seimbang ilmu duniawi dan ukhrawi.

Ia juga adalah bukti nyata kesungguhan dan keikhlasan PMX dan Kerajaan Perpaduan dalam memartabatkan syiar Islam dan mengutamakan pendidikan anak muda Islam di Malaysia, biarpun ada pihak yang risau andai ianya menjadi senjata makan tuan.

Yang pasti PM4 hentikan bantuan atas faktor politik, PMX kembalikan semula bantuan demi agama; bukankah jelas sudah siapa yang sebenarnya menjunjung Islam?

Komen