KADAR OPR ASEAN + 3

Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2 November 2023 telah mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0%.

Ia adalah kadar yang sama sejak 3 Mei 2023 apabila OPR naik 0.25 dari kadar 2.75% sebelumnya.

OPR adalah instrumen polisi kewangan yang digunakan BNM bagi mempengaruhi kadar faedah dalam ekonomi dan menggalakkan kestabilan kewangan.

Kadar OPR menentukan kadar pinjaman dan kadar simpanan yang dikenakan oleh pihak bank, atau berapakah kos pinjaman dan pulangan simpanan.

Apabila permintaan barangan dan perkhidmatan melebihi penawaran, OPR dinaikkan bagi mengurangkan permintaan dalam pasaran sekaligus meredakan inflasi.

Sebaliknya pula apabila permintaan barangan dan perkhidmatan lebih rendah dari penawaran, OPR diturunkan bagi mewujudkan permintaan dalam pasaran dan menjana pertumbuhan ekonomi.

Justeru tidak menghairankan apabila kadar OPR rendah ketika zaman pandemik COVID-19, dan kini mula menaik apabila ekonomi kembali ke keadaan normal pra-pandemik.

Di kalangan negara ASEAN+3, negara seperti Laos mengenakan kadar OPR tertinggi 7.5% berikutan situasi inflasi di negara itu yang mencecah 25.8% akibat permintaan yang jauh melebihi penawaran.

Manakala Jepun pula mengenakan OPR terendah iaitu -0.1% susulan situasi ekonomi yang merudum di negara itu dan kadar hutang isi rumah mencecah 263% dari KDNK.

Kadar OPR Malaysia yang ditetapkan oleh BNM adalah bersesuaian dengan situasi ekonomi semasa negara dalam menjamin kestabilan kewangan dan ia masih antara yang terendah di rantau ini.

Komen