JOM SERTAI ACADEMY IN INDUSTRY

Mungkin ada yang belum tahu, salah satu inisiatif Kerajaan Perpaduan ialah memperkenalkan program Academy in Industry atau AiI.

AiI adalah satu program kerjasama inovatif antara kerajaan, industri dan akademia dalam mendepani cabaran peningkatan bakat.

Tapi untuk rakyat kebanyakan macam kita, AiI secara mudahnya ialah satu cara untuk menyertai sektor pekerjaan juga pada masa sama peluang untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi.

AiI mensasarkan lepasan sekolah, lulusan TVET atau universiti, golongan yang ingin kembali bekerja dan tenaga kerja yang belum diterokai.

Ia terbuka pada semua warganegara, berumur 18 hingga 40 tahun, mahir 3M dan dengan syarat lulus ujian saringan AiI.

Peserta AiI akan dipadankan dengan industri melalui kaedah place and train di mana mereka akan bekerja dan melakukan praktikal berasaskan kerja seterusnya ke peringkat lebih tinggi seperti diploma atau sarjana muda atau pun terus menceburi bidang kerjaya.

Peserta AiI akan memperolehi sijil dalam tempoh 9 hingga 18 bulan, peluang bekerja di 200 syarikat besar dengan gaji bersih sekitar RM2,000.

Kerajaan mensasarkan 20,000 pekerja mahir dapat diwujudkan menjelang akhir 2023.

Ia sejajar dengan Inisiatif Pembangunan Bakat MPC untuk mencapai 300 ribu peserta AiI sehingga 2025, 10 ribu rakan strategik dengan satu ribu syarikat mendapat pentauliahan SLDN (Sistem Latihan Dual Nasional).

Untuk menyertai program AiI, anda hanya perlu mendaftar di: https://aii.mpc.gov.my

Komen