FOKUS UTAMA PENGANGKUTAN 2024: SEKTOR DARAT

Untuk tahun 2024, sektor pengangkutan darat juga menjadi fokus Kerajaan Perpaduan MADANI bermula dengan padanan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kepada 90% melalui PERKESO yang akan memanfaatkan 300,000 pekerja e-hailing dan p-hailing.

Kerajaan juga melalui kerjasama awam-swasta akan melaksanakan projek LRT Pulau Pinang-Seberang Perai bernilai RM10 bilion untuk manfaat penduduk negeri tersebut.

Bagi individu berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah, rebat RM2,400 akan diberikan untuk pembelian motor elektrik.

Kerajaan juga bakal meneruskan pembinaan semula 5 stesen LRT3 melibatkan kos RM4.7 bilion untuk faedah penduduk di jajaran terlibat.

Bagi bandar raya Kota Bharu, Kuantan dan Kota Setar program transformasi bas henti-henti bakal dilaksanakan melibatkan kos sebanyak RM150 juta.

Pas bulanan My50 juga akan diteruskan untuk tahun 2024 bagi meringan kos sara hidup rakyat dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.

Pengguna perkhidmatan LRT3 pula bakal mendapat manfaat dari penyediaan 150 bas elektrik dan 3 depoh bas melibatkan peruntukan RM600 juta.

Manakala untuk keluarga kurang mampu, 100,000 topi keledar percuma akan diagihkan termasuklah topi keledar kanak-kanak bagi memupuk kesedaran keselamatan jalan raya.

Kerajaan juga akan menanggung bayaran ujian memandu lesen motorsikal B2, e-hailing dan teksi yang memanfaatkan 40,000 belia kurang mampu.

Akhir sekali, RM96 juta dana akan diperuntukkan kepada syarikat pengendali bas henti-henti bagi menampung kos operasi harian.

Komen