Hari ini ada orang cakap kebebasan bersuaranya terancam.
Saya mahu jelaskan sedikit apa dia kebebasan dan adakah kebebasan boleh digunakan untuk penipuan dan fitnah?
Mari kita lihat apa kata brader-brader tentang kebebasan.
Pertama. Bapa liberalisme, John Locke:
The state of nature is a state of liberty but not of license.
The state of nature has a law of nature to govern it, which obliges everyone; and reason, which is that law, teaches all mankind who will but consult it that, being all equal and independent, no one ought to harm another in his life, health, liberty or possessions.
Berasaskan kepada pandangan Locke, dapat difahami bahawa kebebasan individu itu bukan satu lesen untuk berbuat sesuka hati, Locke masih menyebut tentang keperluan untuk menguruskannya melalui kerangka perundangan.
Namun kerangka perundangan itu pula wajar bersifat bebas dan seimbang. Di sini Locke menekankan tentang prinsip negara (kerajaan) yang memegang kunci undang-undang harus menegakkannya secara saksama.
Ini melihatkan pegangan Locke tentang keperluan kerajaan menjaga kebebasan yang menjadi milik individu.
Dalam ayat terakhirnya, Locke menegaskan tentang kehidupan bermasyarakat yang mana asasnya tidak ada sesiapa wajar merosakkan dimensi kehidupan manusia yang lain. Locke dalam hujahnya meletakkan kebebasan sama pentingnya dengan kehidupan, kesihatan dan pemilikan harta.
Ini sekaligus membuka perbincangan lebih besar mengenai kepentingan kebebasan. Berasaskan kepada kenyataan Locke ini dapat difahami bahawa kebebasan seseorang individu tidak boleh diceroboh oleh individu lain dan kerajaan. Dalam masa sama kenyataan ini juga memberi makna tentang had-had di dalam kebebasan kerana ketika mengamalkan kebebasan, individu harus menjaga batas tertentu supaya ia tidak menceroboh kebebasan pihak lain.
Kedua. Pakcik liberalisme, John Stuart Mill:
That the only purpose for which power can be rightfully exercised over any member of a civilized community, against his will, is to prevent harm to others.
Dalam konteks ini Mill mengupas mengenai keperluan dan kegunaan kuasa oleh kerajaan secara benar dan teratur ke atas mana-mana indvidu di dalam sebuah negara jika ia menceroboh kebebasan dan mendatangkan kerosakan kepada indvidu lain. Ini merupakan dimensi pandangan Mill terhadap had dalam kebebasan dan undang-undang merupakan instrumen penting dalam mengawal had kebebasan.
Melalui pandangan ini, dapat dilihat bagaimana Mill tetap berpegang kepada keperluan untuk sesebuah kerajaan itu mempunvai kuasa terhad di mana beliau menggunakan istilah rightfully exercised dan ini bermakna kerajaan hanya boleh menggunakan kuasa yang ada mengikut keperluan bersesuaian. Sebarang sekatan terhadap kebebasan tidak boleh dilaksanakan selagi seseorang individu itu masih mengamalkan kebebasan dalam ruangnya sendiri tapa menceroboh ruang individu lain.
Berasaskan kepada doktrin kebebasan yang dipacu Mill, kebebasan adalah untuk membina kebenaran dan apabila kebebasan itu bertindak sebaliknya serta mencetuskan petaka, maka kebebasan itu sewajarnya dibataskan. Dalam mentakrifkan cetusan keburukan ini, Mill telah menggariskan empat prinsip seperti berikut:
(i) An instigation is speech that can prompt others to harm third parties;
(ii) an act of instigation requires two necessary conditions, namely the occurrence of an overt harmful act that occurs after the instigation (first condition) and a probable connection between the act and the instigation (second condition);
(iii) a probable connection can be established before the act of instigation, so that the specific circumstances of the speech act in question must be considered in order to pass a judgment on the existence of instigation; dan
(iv) the circumstances require that the agent be held responsible for the act of instigation, either because they deliberately pursue the commission of harmful acts by third parties or because they behave recklessly.
Ini dua pandangan asas mengenai kebebasan. Kalau ada masa saya bawa lagi pandangan lain. Mahu bercakap mengenai kebebasan bersuara bukan benda senang kalau selama ini kau pun tak pernah nak ambil peduli!
Daniyal Kadir adalah seorang penjawat awam yang juga rajin mengulas tentang seni perfileman. Beliau juga merupakan penulis buku Membedah P. Ramlee selain kerap muncul dalam acara bicara perfileman, baik sebagai panelis atau moderator. Di masa lapang, Daniyal juga terlibat dalam pembikinan filem pendek.