Anak Muda, Kita Dibuli Lagi Dan Lagi!

“Pemuda generasi masa hadapan negara”

“Anak muda bakal pemimpin negara”

Antara dua kalimat yang sering kita dengari tatkala waktu di alam persekolahan. Ketika itu kita percaya bahawa umur bukan penghalang untuk kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan tua apabila melangkah ke dunia sebenar.

Namun kini, kita dapat lihat ketika golongan tua merasakan terancam dengan anak muda mereka mula membuli kita. Mereka mula melabelkan anak muda sebagai budak hingusan yang tiada pengalaman dan tidak boleh mengisi apa-apa kekosongan.

Anda tak percaya? Jom saya bawa anda lima kejadian di mana anak muda dibuli golongan tua:

  1. Menteri bukan daripada golongan muda

Siapa lagi yang terbaik untuk menyuarakan golongan muda di Parlimen jika tidak orang muda sendiri. Namun, hari ini cuba kalian lihat siapakah yang mewakili kita? Perkara ini seolah-olah petanda yang jelas lagi nyata daripada golongan tua untuk menyatakan bahawa kita, anak muda tidak berhak untuk menyuarakan hak kita sendiri. Semuanya perlu disampaikan kepada mereka terlebih dahulu sebelum dibawa kepada pihak berwajib?

Sering dilabel sebagai budak kecil apabila mempersoalkan sesuatu.

Anak muda akan sentiasa dipandang, ‘budak-budak kecik tak boleh tahu’ ataupun ‘kau budak kecil lagi jadi tak boleh tahu’. Begitulah yang terjadi kepada Syed Saddiq apabila beliau cuba bertanya mengenai Khairuddin Takiri sewaktu di dalam Parlimen.

Kenyataan-kenyataan yang meyakitkan hati.

Kita dapat melihat bagaimana golongan tua membuli mental kita, anak muda dengan kenyataan yang menyakitkan. Antaranya, ‘lebih baik kerja gaji rendah daripada tiada kerja langsung’, ‘fresh grad harus lebih kreatif dan buat banyak kerja’ dan semestinya nilai gaji minimum yang tidak masuk akal pada waktu ini merupakan pembulian paling kejam daripada golongan tua.

Hinaan golongan tua secara terbuka pada anak muda.

Semakin hari golongan tua terus menerus menghina anak muda dengan terbuka dan berani sekali. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada anak muda dari Sabah apabila dihina dengan tuduhan untuk menaikkan ‘viewer’ YouTube sendiri sahaja. Walhal, pelajar tersebut menggadai nyawa semata-mata untuk sebuah masa hadapannya.

Kenyataan daripada orang tua itu sesungguhya sangatlah menghinakan kita semua sebagai anak muda. Sewajarnya, mereka yang dikatakan pernah makan garam lebih awal dan banyaklah yang perlu tahu akan keperluan kita semua. Namun, sebaliknya pula yang terjadi.

Pada anak muda, kita merupakan generasi yang berada di dalam Revolusi Perindustrian 4.0 di mana jika pemimpin negara kita terus dibayangi mereka yang sudah ‘emas’ tapi berkarat, percayalah, masa depan kita semua akan terus malap dan tidak jelas. Kita perlu sehati sejiwa membuktikan kepada golongan tua bahawa umur bukanlah kayu ukur akan kebijaksanaan dan kemampuan seseorang.

Jadi, persiapkan diri anda untuk segala kemungkinan dan apabila tiba masanya, buktikan kepada golongan tua bahawa pembulian mereka tidak memberi sekarang kesan!

Komen