ADUN Johor Harus Memastikan DUN Johor Bebas Daripada Angin Perubahan Persekutuan

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dengan berlakunya perletakan jawatan Perdana Menteri, dengan ada “precedent case” sebelum ini melalui Kerajaan Perikatan Nasional, maka persoalan seterusnya adalah; adakah Kerajaan Negeri juga tumbang?

DUN Johor juga telah sekian lama mengamalkan “states rights” yakni hak kenegerian dengan sendirinya seperti mana tertakluk dengan Amalan-Amalan Undangan Negeri Johor dan bersandarkan penulisan At-Thamarah al-Muhimmah sejak Kerajaan Johor ditubuhkan pada tahun 1895.

Kita juga mempunyai “study case” yang menjadi asas akan situasi berikut (seperti di Perak), Kerajaan Negeri Johor seharusnya mempunyai pendirian (stance) tersendiri dan berdiri dengan sendiri tanpa perlunya keputusan arahan mahupun “indirect influence” daripada Kerajaan Persekutuan.

Walaupun adanya desas desus perubahan kuasa akan berlaku melalui Fasal 3(4)(1) menerusi kuasa DYMM Sultan Johor melantik Menteri Besar, ia juga harus dibaca bersama dengan Fasal 4(2)(a) “yang dalam penghakimannya kemungkinan akan mendapat kepercayaan majoriti anggota Dewan”.

Yang Berhormat ADUN-ADUN juga harus memelihara kedaulatan DUN-nya sendiri, bebas daripada kesan angin perubahan Persekutuan seperti mana dalam upacara angkat sumpah mereka melalui Fasal 24(1), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor (UUTKJ).

Dan jikalau perubahan ini berlaku, ia seharusnya di atas kehendak mereka para-para ADUN itu, mengikut akal budi dan kehendak amnya bersandarkan Undang Tubuh Negeri Johor bagi menjalankan tanggungjawab tersebut.

Apa yang terjadi ketika ini di Putrajaya (Persekutuan), walaupun ia akan memberi impak kepada DUN-DUN Negeri, akan tetapi ADUN jangan sesekali terikut-ikut dan tidak tertunduk kepada angin perubahan ini dan meneruskan amalan acuan #CaraJohor, yakni amalan demokrasi yang sentiasa mementingkan muafakat (dwipartisan) dalam membincangkan isu politik, ekonomi, dan kesihatan negeri serta menjunjung kasih Titah Tuanku DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.

Oleh itu, usul pertama dalam Peraturan Mesyaurat Undangan Negeri yang berlangsungnya pada 22 Ogos nanti harus diletakkan “agenda item” yang pertama (Perkara 29, Peraturan Tetap Mesyuarat DUN) walaupun usul ini selalunya diletakkan pada hari terakhir Persidangan Negeri.

Perkara ini penting buat masa akan datang dan sekiranya, ada mana-mana ADUN menarik sokongan kepercayaan terhadap YAB MB, maka ia tidak dapat dilakukan oleh kerana majoriti Ahli Dewan sudahpun bersetuju menyokong dan telah dicatatkan dalam “verbatim” untuk dijadikan rujukan perundangan.

Amalan ini juga dapat membantu menyenangkan proses peraturan mesyuarat bagi persidangan yang melibatkan agenda belanjawan (Perkara 111, 112, 113 dan 114, Peraturan Tetap Mesyuarat DUN), dengan adanya kemungkinan penglibatan “objection” oleh para Ahli Dewan, dan diperbaiki lagi menerusi bacaan kali kedua (Perkara 58, 59 dan 60, Peraturan Tetap Mesyuarat DUN) terhadap usul belanjawan, ia dilihat nilai “check and balance” diangkat tinggi sambil membawa semangat “Muafakat Itu Berkat” di dalam Kerajaan DYMM Sultan Johor.

Kepada YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Ir. Haji Hasni Mohammad, good luck sir dan juga para Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, may the law of the land be with the Honourable Gentleman and Ladies of The House granted with Laminent Wisdom, so help them God.

Komen