Kerajaan Perpaduan MADANI telah mengumumkan Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam. Pakej ini adalah hasil usaha gigih Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil dalam memastikan akses telekomunikasi adalah mampu milik dan tercapai kepada semua lapisan rakyat Malaysia.
Dalam era komunikasi digital, tentu sekali akses dan capaian adalah penting dalam urusan setiap individu. Komunikasi adalah perlu bukan sahaja untuk bekerja atau belajar, malahan juga untuk bersosial dan sebagainya.
Pakej 5G RAHMAH ditawarkan kepada semua dengan harga RM60 untuk 60GB data. Mereka yang ingin menyertai pakej ini perlu menandatangani kontrak selama 24 bulan dengan telco pilihan.
Pelanggan akan ditawarkan telefon pintar Samsung atau Honor berharga RM240 dengan waranti peranti selama 2 tahun.
Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam pula adalah khusus kepada penjawat awam. Insentif ini menawarkan rebat bulanan sebanyak RM10 yang membawa kepada penjimatan RM120 setiap tahun kepada penjawat awam yang menggunakannya.
Insentif ini terbuka kepada pakej pascabayar sedia ada.
Semua pakej dan insentif ini berkuatkuasa sejak 31 Ogos 2023. Ianya adalah bukti keprihatinan Kerajaan Perpaduan MADANI dalam memahami keperluan rakyat dan menangani beban kos sara hidup melalui penjimatan dalam akses kepada komunikasi.