TIGA CADANGAN MENOKTAHKAN KEMISKINAN DIPERSETUJUI MTEN

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja bergelar PMX telah menekankan bahawa salah satu matlamat kerajaan pimpinannya ialah menoktahkan kemiskinan tegar.

Usaha ini bukan sekadar menanam tebu di bibir, tetapi telah menjadi agenda utama kerajaan selaras dengan gagasan Malaysia Madani.

PMX sendiri pernah meluahkan ketakutannya berhubung masalah miskin tegar di saat bagaimana beliau memegang jawatan tinggi negara tetapi ada rakyat tidak cukup makan atau tidak mampu menyediakan susu anak.

Lantaran itu azam PMX adalah memecahkan rekod, bukan untuk membina bangunan tertinggi, tetapi untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Malaysia.

Berbaki kurang tiga bulan, cabaran untuk kerajaan kini berkisar sama ada sasaran kemiskinan dinoktahkan sebelum berakhirnya 2023 tercapai atau tidak.

PMX yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah berjaya mendapatkan persetujuan terkait tiga cadangan menoktahkan kemiskinan.

Pertama, bantuan tunai khas bulanan melepasi PGK Makanan bagi isi rumah terlibat sebagai insentif menyertai aktiviti jana pendapatan.

Kedua, agensi dan kementerian akan menyemak dan kemaskini data penerima bantuan yang jana pendapatan melebihi PGK Makanan dalam tahun ini.

Yang ketiga dan akhir sekali ialah untuk mengenal pasti isi rumah lain yang boleh diserap ke program bersesuaian dengan tempoh berbaki tiga bulan ini.

Semoga matlamat PMX dan Kerajaan Perpaduan dalam menoktahkan kemiskinan tegar tercapai dan diharap rakyat di segenap lapisan dapat memberikan sokongan bagi menjayakan misi ini.

Komen