Masih ingat lagi kes Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa ada komplot untuk menangkap dan menjejaskan kredibiliti beliau sejak 6 bulan lalu.
Yang sebenarnya, susur galur kebejatan Sanusi tidaklah bermula sejak 6 bulan lalu.
Ya jangan ingat Sultan Kedah sahaja ada susur galur.
Susur galur kebejatan Sanusi hanya seminggu lebih kurang lamanya.
Tidaklah sehebat susur galur Kesultanan Kedah.
Pada 11 Julai, Sanusi telah menghina Kesultanan Selangor dan Institusi YDPA.
Susulan itu, laporan polis telah menyusul.
Salah satu dari laporan polis dibuat oleh Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor.
Berdasarkan laporan yang diterima, polis telah bertindak menahan Sanusi untuk dibawa ke mahkamah.
Itupun setelah Sanusi gagal menjawab panggilan telefon kerana tidak mahu ditangkap polis.