Setahun COVID-19 Di Malaysia

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Hari ini genap setahun COVID-19 berada di Malaysia. Untuk memperingati ulang tahun ini, mari kita telusuri tarikh-tarikh penting berkenaan pandemik COVID-19 ini berserta dengan beberapa peristiwa sampingan yang mungkin memberikan kesan kenapa selepas satu tahun, kita kini berada di dalam keadaan yang lebih teruk.

25 Januari 2020

Kes pertama Covid-19 dicatatkan di Malaysia apabila 3 pelancong China yang masuk ke Malaysia disahkan positif.

4 Februari 2020

Jumlah kes mencecah angka 10, 10 hari selepas kes pertama dikesan.

6 Februari 2020

Kes tempatan pertama dikesan, melibatkan seorang wanita di Kedah. Jumlah kes meningkat sebanyak 12 kes.

16 – 26 Februari 2020

Lekuk dilandaikan.Malaysia mencatatkan sifar kes baharu selama 10 hari berturut-turut. Namun pada masa pergolakan politik dan Langkah Sheraton berlaku dalam tempoh ini.

23 Februari 2020

Langkah Sheraton. Beberapa ahli parlimen dari BERSATU dan PKR berpaling tadah dari PH lalu berpakat dengan UMNO dan PAS untuk membentuk kerajaan baharu. Jumlah kes 22.

24 Februari 2020

Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kerana kehilangan majoriti. Kerajaan PH bubar.

27 Februari 2020

1 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada 27 Februari, menamatkan tempoh 10 hari tanpa kes baharu.

28 Februari

Kerajaan negeri PH Johor ditumbangkan. Jumlah kes 23.

29 Februari 2020

Istana Negara mengumumkan bahawa Muhyiddin Yassin telah memperolehi majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 dan menubuhkan kerajaan baharu.

1 Mac 2020

Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8. Jumlah kes 29.

4 Mac 2020

Jumlah kes Covid-19 di Malaysia mencecah 50 kes.

9 Mac 2020

Kerajaan negeri PH Melaka ditumbangkan. Jumlah kes Covid-19 di Malaysia mencecah 3 angka, dengan 117 kes dicatatkan sehingga 9 Mac.

13 Mac 2020

Kerajaan negeri PH Perak ditumbangkan. Jumlah kes 197.

15 Mac 2020

Kes baharu harian mencecah 3 angka, apabila 190 kes baharu dicatatkan pada 15 Mac.

17 Mac 2020

Malaysia mencatatkan kes kematian Covid-19 yang pertama dengan 2 kematian pada 17 Mac.

18 Mac 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara. Jumlah kes 790.

20 Mac 2020

Jumlah kes mencecah 4 angka, dengan kes dicatatkan berjumlah 1,030.

22 Mac 2020

Jumlah kematian terkumpul mencecah 10 kes.

2 April 2020

Jumlah kematian terkumpul mencecah 50 kes.

28 April 2020

Jumlah kematian terkumpul mencecah 100 kes.

4 Mei 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. Jumlah kes 6,353.

17 Mei 2020

Kerajaan negeri PH Kedah ditumbangkan. Jumlah kes 6,894 manakala kes kematian terkumpul 113.

10 Jun 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan. Jumlah kes 8,338.

30 Julai 2020

DUN Sabah dibubarkan selepas terdapat usaha menumbangkan kerajaan negeri WARISAN Sabah. Jumlah kes 8,964.

16 September 2020

Jumlah kes Covid-19 di Malaysia mencecah 5 angka, dengan 10,031 kes dicatatkan pada 16 September.

26 September

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Kerajaan negeri PN ditubuhkan dengan majoriti mudah. Jumlah kes 10769.

22 Oktober 2020

Tidak sampai sebulan selepas PRN Sabah, angka kematian mencecah 204.

24 Oktober 2020

Hampir sebulan selepas PRN Sabah, kes baharu harian mencecah 4 angka buat kali pertama dengan 1,228 kes dicatatkan pada 24 Oktober.

10 November 2020

Angka kematian mencecah 300.

18 November 2020

Jumlah kes Covid-19 di Malaysia mencecah angka 50,390 kes.

7 Disember 2020

Perjalanan merentas negeri dibenarkan tanpa sekatan. Jumlah kes 74,294.

11 Disember 2020

Angka kematian mencecah 402.

24 Disember 2020

Jumlah kes Covid-19 di Malaysia mencecah 6 angka, dengan sejumlah 100,318 kes dicatatkan pada 24 Disember.

4 Januari 2021

Angka kematian mencecah 501.

13 Januari 2021

PKP 2.0 dilaksanakan kembali walaupun tidak secara menyeluruh. Darurat dikuatkuasakan. Parlimen dan DUN digantung. Jumlah kes 144,518 dan jumlah kematian 563.

17 Januari 2021

Angka kematian mencecah 601.

22 Januari 2021

Malaysia mencatatkan angka kematian tertinggi dalam sehari dengan 18 kematian.

23 Januari 2021

Malaysia mencatatkan kes baharu harian tertinggi dalam tempoh setahun dengan sejumlah 4,275 kes baharu dilaporkan.

25 Januari 2021

Genap setahun sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan di Malaysia. Dalam tempoh setahun ini, sejumlah 186849 kes telah dikesan, dengan sejumlah 145,084 kes sembuh. Kes yang masih sedang dirawat adalah sebanyak 41,076 dan kematian akibat Covid-19 dalam tempoh setahun ini adalah sebanyak 689 kematian. Malaysia masih lagi dalam fasa PKP 2.0, dengan kesan pandemik mengakibatkan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan kritikal dan keadaan ekonomi yang merudum.

Komen