RM704.58 JUTA DUIT RAKYAT MALAYSIA DISALAH GUNA SEPANJANG TAHUN 2022

Pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 baru-baru ini mengejutkan kita semua, tetapi suka atau tidak ianya adalah lumrah yang berlaku hampir setiap tahun.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, LKAN 2022 berkesudahan dengan ratusan juta ringgit duit rakyat disalah guna akibat kelemahan tadbir urus dan tata kelola kerajaan terdahulu.

Sejumlah RM704.58 juta dilaporkan telah disalah guna sepanjang tahun 2022 hasil dari 16 kajian terhadap program atau aktiviti melibatkan 14 kementerian.

Dari jumlah RM704.58 juta itu, sejumlah besar adalah wang awam yang dikategorikan hilang atau rugi iaitu sebanyak RM681.71 juta atau 97% dari jumlah keseluruhan.

Ia meliputi 6 projek atau program antaranya program penanaman padi yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada isu keterjaminan makanan negara.

Sejumlah RM21.35 juta lagi diklasifikasikan sebagai pembaziran meliputi 3 projek atau program antaranya pembangunan sistem pengurusan pekerja asing.

LKAN 2022 melaporkan baki RM1.52 juta adalah pembayaran tidak teratur yang dibuat untuk 2 program salah satunya pengurusan Program Podium Sukan Elit.

Dari kesemua 16 program atau aktiviti yang diaudit untuk LKAN 2022, 11 darinya didapati gagal mencapai objektif atau keberhasilan yang ditetapkan.

Justeru tidaklah menghairankan di bawah Kerajaan Perpaduan MADANI, salah satu penekanan PMX kini adalah untuk mewujudkan tadbir urus dan tata kelola yang baik bagi mengelakkan salah guna dan ketirisan dari berterusan.

Ia mungkin tidak lunak seperti pengeluaran KWSP atau pemberian BR1M, tetapi sedarlah impak tadbir urus dan tata kelola yang baik adalah jauh lebih besar demi masa depan negara yang akan kita wariskan pada generasi muda.

Komen