MANFAAT ORANG KURANG UPAYA UNTUK TAHUN 2024

Tahun 2023 akan berlalu meninggalkan kita tidak lama lagi, dan tahun baharu 2024 akan menjelang tiba.

Dalam menyambut ketibaan tahun baharu, mungkin apa yang bermain di fikiran kita ialah apa manfaat dari Kerajaan Perpaduan MADANI buat rakyat.

Untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU), tahun 2024 menjanjikan empat manfaat yang pastinya dapat membantu pemberdayaan masyarakat OKU.

Antara yang akan diwujudkan ialah Elaun Pekerja OKU (EPOKU) berbentuk bantuan tunai kepada OKU berdaftar untuk menggalakkan mereka bekerja, hidup berdikari dan produktif.

Untuk OKU yang tidak berupaya untuk bekerja, manfaat dalam bentuk Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) akan diberikan bagi membantu mereka meneruskan kehidupan bersama keluarga.

Kerajaan juga akan mewujudkan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) yang merupakan bantuan tunai kepada penjaga berkelayakan bertujuan menggalakkan penjagaan rapi ke atas ahli keluarga OKU atau sakit terlantar.

Pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) pula akan menikmati kenaikan kadar elaun daripada RM150 ke RM300 sebulan pada tahun hadapan.

Kesemua manfaat ini diharap dapat membantu golongan OKU untuk terus memainkan peranan yang produktif disebalik kekurangan yang mereka hadapi.

Ia juga bertujuan untuk menjaga kebajikan OKU yang tidak berupaya bekerja atau terlantar sakit untuk meneruskan kehidupan mereka.

Manfaat-manfaat ini adalah bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib golongan rentan selaras dengan agenda Malaysia MADANI.

Komen