KKM KOORDINASI BANTUAN KEMANUSIAAN & PERUBATAN KE GAZA

Keikhlasan dan komitmen Malaysia dalam bersolidariti dengan perjuangan kemerdekaan Palestin memang tidak boleh dinafikan.

Negara kita antara yang paling ke depan bersuara dengan lantang mengenai krisis yang berlaku di Gaza sekarang bahkan turut mempelopori usaha gencatan senjata supaya mangsa krisis dapat dibantu.

Tidak cukup dengan sekadar bersuara, solidariti kita turut diterjemahkan dalam bentuk bantuan kemanusiaan dan bekalan perubatan ke Gaza.

Kementerian Kesihatan Malaysia contohnya memainkan peranan penting dalam koordinasi bantuan kemanusiaan dan perubatan bersama Kementerian Luar Negara dan NGO terlibat.

Antara jenis bantuan perubatan yang dihantar ke Gaza adalah consumables perubatan, perkhidmatan neurosurgery dan surgical trauma, kemudahan perubatan seperti medical beds dan juga ubat-ubatan bersesuaian.

Untuk rekod, sehingga kini dua penerbangan telah berlepas bagi menghantar bantuan tersebut iaitu pada 3 November dan 11 November, setiap satunya membawa 20 tan bekalan perubatan.

Penerbangan ketiga bantuan bekalan perubatan juga kini dalam perancangan untuk tempoh masa terdekat bagi meredakan krisis kemanusiaan yang melanda Gaza.

KKM juga memaklumkan kemungkinan penghantaran pasukan perubatan negara sebaik sahaja kebenaran diperolehi dari pihak yang mempunyai kuasa.

Penghantaran bantuan kemanusiaan dan perubatan ini juga adalah bukti nyata keikhlasan dan komitmen Malaysia membantu nasib rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis Israel.

Semoga keamanan kembali di bumi Gaza dan kemerdekaan serta kebebasan menjadi milik Palestin hendaknya.

Komen