Kesihatan

Bahaya Penggunaan Rokok Elektronik Dan Vape Dalam Kalangan Remaja
Menurut Tinjauan Tembakau Dewasa Global (GATS) 2023 prevalens penggunaan rokok elektronik dalam kalangan individu berusia 15 hingga 24 tahun meningkat daripada 1.1% pada 2011 kepada 8.6% pada 2023. Fenomena ini didorong oleh kempen pemasaran yang menarik dan persepsi bahawa rokok elektronik ialah alternatif yang lebih selamat berbanding rokok tradisional walaupun bukti saintifik menunjukkan sebaliknya.

Kandungan Rokok Elektronik Dan Vape

Secara umumnya, rokok elektronik dan vape merupakan peranti yang menghasilkan wap dengan penggunaan bateri. Cecair di dalam rokok elektronik dan vape yang dikenali sebagai e-liquid akan dipanaskan hingga menjadi wap yang kemudiannya disedut oleh penggunanya.

Sebilangan besar masyarakat menganggap bahawa rokok elektronik dan vape merupakan peranti yang sama. Malah, istilah vape digunakan dengan lebih meluas untuk merujuk peranti tersebut. Namun sebenarnya, menurut takrifan Kementerian Kesihatan Malaysia, rokok elektronik ialah peranti yang mengandungi nikotin sementara vape pula tidak mengandungi nikotin.

Nikotin merupakan antara kandungan utama e-liquid yang terdapat dalam rokok elektronik. Selain nikotin, e-liquid bagi rokok elektronik dan vape turut mengandungi perisa, pewarna, gliserin sayuran dan propilena glikol, iaitu sejenis bahan kimia yang membantu menghasilkan wap.

Kandungan Nikotin Dalam Rokok Elektronik

Nikotin dalam cecair rokok elektronik mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding nikotin dalam rokok biasa. Nikotin bertindak dengan merangsang otak untuk menghasilkan dopamin iaitu hormon yang berfungsi untuk memberi kepuasan serta membantu untuk fokus, pergerakan, memori dan pembelajaran.

Nikotin merupakan bahan yang sangat mudah memberi kesan ketagihan. Kandungan nikotin yang tinggi mempermudah proses ketagihan, terutamanya dalam kalangan remaja.

Kesan Penggunaan Rokok Elektronik Dan Vape

Rokok elektronik dan vape yang popular dalam kalangan remaja lazimnya dipasarkan dengan pelbagai jenis reka bentuk dan perisa yang menarik. Namun, amalan ini juga menimbulkan kebimbangan tentang risiko ketagihan nikotin dan impak negatif kepada kesihatan awam.

Apatah lagi terdapat dakwaan bahawa cecair e-liquid yang dijual untuk vape berkemungkinan besar masih mengandungi nikotin. E-liquid bagi rokok elektronik pula turut dilaporkan telah ditambah dengan bahan-bahan terlarang yang tidak sepatutnya.

Persepsi bahawa rokok elektronik dan vape merupakan alternatif selamat berbanding rokok adalah salah. Kajian menunjukkan bahawa trend penggunaan rokok elektronik dan vape bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesihatan fizikal tetapi juga dapat menjejaskan kesejahteraan mental dan sosial remaja. Antara kesan sampingan rokok elektronik dan vape termasuklah selesema, pening, kesukaran tidur dan kemurungan.

Penggunaan rokok elektronik dan vape sering dikaitkan dengan kerosakan paru-paru yang serius. Bahan kimia yang terkandung dalam cecair rokok elektronik dan vape, seperti nikotin dan bahan toksik lain, boleh merosakkan tisu paru-paru, menyebabkan radang dan mengurangkan fungsi pernafasan. Penyakit e-cigarette or vaping product use-associated lung injury (EVALI) merupakan salah satu komplikasi yang boleh berlaku akibat penggunaan rokok elektronik dan vape. Selain itu, risiko pneumotoraks (paru-paru bocor) juga turut meningkat.

Kesan rokok elektronik dan vape tidak hanya terhad kepada masalah paru-paru. Penggunaan rokok elektronik dan vape yang berpanjangan juga meningkatkan risiko pelbagai penyakit serius lain termasuk penyakit jantung dan kanser. Kandungan bahan kimia berbahaya dalam cecair rokok elektronik dan vape seperti formaldehid serta logam berat memberikan ancaman besar kepada kesihatan manusia secara keseluruhan.

Bukan itu sahaja, pendedahan kepada nikotin tanpa kawalan turut menjejaskan perkembangan fisiologi tubuh dan fungsi otak remaja yang belum matang sepenuhnya. Nikotin dapat mengganggu fungsi kognitif, ingatan dan kemampuan pembelajaran mereka. Nikotin juga memberi kesan kepada bahagian otak yang berfungsi untuk mengawal tingkah laku dan membuat keputusan.

Remaja yang terdedah kepada nikotin sukar untuk fokus dan lebih cenderung menunjukkan perubahan tingkah laku yang impulsif (cepat bertindak secara tiba-tiba dan menurut gerak hati). Semua ini bukan sahaja menjejaskan prestasi akademik, bahkan mengganggu hubungan sosial mereka dengan ahli keluarga dan orang lain di sekeliling.

Kegagalan untuk berfikir secara rasional akibat ketagihan nikotin secara tidak langsung menyumbang kepada pelbagai masalah sosial, termasuk penyalahgunaan dadah dan kes keganasan. Contohnya, terdapat remaja yang dilaporkan bertindak ganas hingga mengancam untuk membunuh ibu bapa sendiri kerana melarang atau menyekat mereka daripada menggunakan rokok elektronik dan vape.

Tindakan Untuk Menangani Isu Penggunaan Rokok Elektronik Dan Vape Dalam Kalangan Remaja

Tabiat menggunakan rokok elektronik dan vape dalam kalangan remaja adalah masalah serius yang perlu ditangani segera. Remaja perlu diberi kesedaran tentang bahaya penggunaan nikotin tanpa kawalan terhadap kesihatan, perkembangan mental dan kehidupan sosial mereka. Remaja tidak seharusnya mendekati rokok elektronik dan vape serta mencubanya.

Ibu bapa, guru dan pihak berkuasa perlu bekerjasama untuk mendidik serta melindungi remaja daripada bahaya penggunaan rokok elektronik dan vape. Langkah-langkah pencegahan seperti kempen kesedaran, penguatkuasaan undang-undang dan sokongan kaunseling perlu dipergiat. Masa depan generasi muda bergantung kepada tindakan yang diambil hari ini.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang penggunaan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1-800-88-6722. Talian dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang (kecuali cuti umum).

Penulis Umum

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Solidaritas.

The post Bahaya Penggunaan Rokok Elektronik Dan Vape Dalam Kalangan Remaja appeared first on SOLIDARITAS.

Isu Kesihatan Di Desa
KESIHATAN merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing. Menurut Devine dan Lepisto (2005), kesihatan ditakrifkan kepada keadaan atau gaya hidup yang berorientasi ke arah pencegahan masalah kesihatan sehingga memiliki kehidupan yang berkualiti. Berdasarkan Badan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan ialah tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan tang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata mata bebas dari penyakit atau tidak berdaya. Taraf kesihatan merupakan salah satu penanda aras penting bagi kesejahteraan sesuatu komuniti. Namun, jurang kesihatan antara kawasan bandar dan luar bandar kekal sebagai cabaran utama di Malaysia mahupun seluruh dunia.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat peruntukan kedua tertinggi dalam Belanjawan 2025 iaitu sebanyak RM 45.3 bilion, meningkat berbanding RM 41.2 bilion pada tahun sebelumnya. Dana ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memperbaiki dan meningkatkan sistem kesihatan negara. Kepelbagaian teknologi dan kaedah perubatan di negara kita menunjukkan perkembangan yang positif dalam bidang kesihatan yang saksama, berkualiti dan mudah diperoleh. Meskipun begitu, isu kesihatan di desa atau luar bandar sering menjadi kritikan kerana kegagalan banyak negara untuk memberikan akses dan kualiti rawatan kesihatan yang setara dengan kawasan bandar.

Terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi isu kesihatan di desa iaitu kekurangan infrastruktur kesihatan. Laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan terdapat lebih 3000 klinik kesihatan dan klinik desa di seluruh negara, dengan sebahagian besar terletak di kawasan luar bandar untuk memastikan akses penjagaan kesihatan. Tetapi, fasiliti yang terhad dan kekurangan pekerja menjadi cabaran yang dihadapi oleh klinik di luar bandar. Menurut mantan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (2022) mengatakan naik taraf fasiliti kesihatan itu penting memandangkan terdapat hospital dan klinik kesihatan daif, malah usia melebihi 50 tahun. Soraya Bekkali (2024) mengungkapkan kekurangan akses penjagaan kesihatan di seluruh negara menyukarkan pesakit untuk menerima diagnosis tepat pada masanya atau akses kepada rawatan.

Seterusnya, urbanisasi iaitu peralihan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar memberi kesan terhadap kesihatan masyarakat desa. Hal ini kerana kebiasaannya petugas di klinik kesihatan terdiri daripada doktor umum atau pembantu perubatan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2023), hanya 25% petugas kesihatan berkhidmat di kawasan luar bandar walaupun 50% penduduk global tinggal di sana. Penduduk yang berhijrah ke bandar meninggalkan golongan rentan seperti warga emas dan kanak kanak. Kekurangan generasi muda, sistem sokongan sosial di luar bandar menjadi lemah dan golongan rentang lebih terdedah kepada masalah kesihatan. Namun begitu, ramai graduan perubatan Malaysia lebih memilih peluang kerjaya di luar negara kerana mempunyai persepsi tiada masa depan menjadi doktor pakar di negara ini. Kehilangan bakat ini menyebabkan negara masih kekurangan pakar dan tenaga kerja dalam sektor awam.

Selain itu, kita juga boleh dari kelas sosial dalam masyarakat yang menentukan akses, penggunaan dan hasil kesihatan. Sebahagian penduduk di desa terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan tahap pendidikan yang rendah. Klinik kesihatan luar bandar kebiasaannya menjadi pilihan utama untuk golongan B40 kerana perkhidmatan yang lebih mampu milik dan percuma. Penduduk kawasan terpencil seperti orang asli dan masyarakat minoriti bergantung kepada klinik bergerak atau lawatan kesihatan berkala (Firdaus, 2022). Berbeza dengan masyarakat kelas atasan yang mungkin mendapat rawatan yang lebih baik dan mahal manakala golongan B40 bergantung kepada klinik dan hospital kerajaan.

Seterusnya, faktor sosial (persekitaran) iaitu kebergantungan kepada perubatan tradisional mengurangkan kepercayaan terhadap teknologi kesihatan moden. Perubatan secara tradisional tidak menggunakan rawatan secara saintifik malahan menggunakan jampi serapah, herba dan kayu akar. Ia merupakan warisan dan diwarisi secara turun temurun sebelum adanya rawatan moden. Ada juga masyarakat menggunakan rawatan tradisional kerana lebih murah dan mudah didapati. Menurut Aswany (2023), masyarakat di luar bandar terpaksa memilih rawatan tradisional merawat kanser berikutan ketiadaan akses kepada klinik kesihatan dan hospital.

Terdapat beberapa cadangan dan harapan untuk meningkatkan tahap kesedaran isu kesihatan masyarakat desa dan kerajaan melalui pendidikan iaitu menyediakan sesi penerangan mengenai rawatan moden. Hal ini kerana kebanyakan penduduk yang menetap di desa adalah warga emas dan memerlukan pendekatan yang sensitif dan memahami keperluan serta kebimbangan mereka terhadap rawatan moden. Sikap warga emas juga sering kali dikaitkan dengan kebergantungan terhadap rawatan tradisional berbanding perkhidmatan yang disediakan. Namun begitu, penyertaan keluarga dalam membuat keputusan juga amatlah penting kerana ia memainkan peranan yang besar di samping memberikan sokongan sosial kepada warga emas untuk menerima pendekatan moden.

Seterusnya, pembangunan tenaga kerja kesihatan untuk mengurangkan masalah kesihatan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menyokong dasar-dasar seperti pengambilan dan pengekalan kakitangan kesihatan di kawasan luar bandar, serta memberikan insentif untuk bekerja di kawasan terpencil. Program ini membantu mengurangkan jurang perkhidmatan kesihatan antara bandar dan luar bandar di banyak negara. Peranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diharapkan dapat memperkukuh lagi mobilisasi sumber tenaga petugas kesihatan sebelum keadaan menjadi lebih kritikal.

Kesimpulannya, isu kesihatan di luar bandar perlu ditangani dengan segera. Masalah kesihatan memerlukan pengiktirafan yang jelas bahawa kawasan luar bandar ialah isu kontekstual yang memerlukan perhatian khusus daripada penyelidik kesihatan mahupun golongan profesional. Kita tidak boleh menilai sesuatu masalah, membangunkan dasar dan perkhidmatan tanpa menyedari bahawa sumber awam, modal sosial dan rangkaian sosial berbeza daripada kawasan lain. Sehubungan dengan itu, diharapkan kerajaan, NGO mahupun masyarakat desa sendiri berjaga-jaga demi membangunkan sebuah desa yang aman, harmoni dan sejahtera.

Penulis Umum

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Solidaritas.

The post Isu Kesihatan Di Desa appeared first on SOLIDARITAS.

Produk Pelangsing Bukan Jalan Pintas Untuk Kurus
Produk pelangsing merangkumi produk yang diambil secara oral (melalui mulut) bagi tujuan untuk mengurangkan berat badan. Contoh produk pelangsing badan termasuklah produk suplemen dalam bentuk tablet dan kapsul serta ubat yang mempunyai kesan pelangsingan badan. Ubat-ubatan ini merupakan Ubat Terkawal, misalnya seperti orlistat, phentermine dan liraglutide yang boleh didapati melalui doktor atau ahli farmasi, sama ada dengan atau tanpa preskripsi, bergantung kepada kumpulannya. Selain itu, terdapat juga produk yang dipasarkan sebagai produk minuman, contohnya seperti teh dan serbuk berperisa buah-buahan yang perlu dibancuh.

Permintaan terhadap produk pelangsing badan dilihat kian meningkat kini kerana sesetengah pihak mempunyai tanggapan bahawa produk ini berkesan untuk menguruskan badan dalam tempoh yang singkat. Malah, ada juga yang bergantung sepenuhnya kepada produk pelangsing kerana terlalu mempercayai dakwaan keberkesanan dan keselamatan produk tersebut yang diiklankan secara meluas oleh penjualnya. Persoalannya, adakah produk pelangsing benar-benar berkesan dan selamat?

Produk Pelangsing Yang Dicampurkan Dengan Bahan Terlarang

Secara umumnya, produk pelangsing yang berasaskan bahan semula jadi seperti ekstrak tumbuhan dan herba hanya dapat menghasilkan kesan dengan perlahan dan perlu diambil secara berterusan. Oleh sebab itu, terdapat produk ini yang sengaja dicampurkan dengan bahan terlarang untuk membolehkannya memberikan kesan yang lebih cepat dan sekali gus melariskan penjualan produk. Hal ini menimbulkan isu keselamatan kerana bahan terlarang yang dicampurkan itu berisiko menyebabkan pelbagai kesan sampingan, terutamanya jika diambil secara berterusan dan tanpa pengawasan doktor.

Antara bahan terlarang yang sering dikesan dicampurkan dalam produk pelangsingan badan ialah sibutramine. Sibutramine merupakan Ubat Terkawal yang digunakan untuk rawatan obesiti dan hanya boleh diberikan oleh doktor selepas penilaian menyeluruh pesakit dilakukan. Walau bagaimanapun, pada tahun 2010, kebanyakan negara termasuk Malaysia telah menarik balik sibutramine daripada pasaran. Penggunaan sibutramine diharamkan berikutan terdapat peningkatan risiko kesan sampingan kardiovaskular seperti kegagalan fungsi jantung dan strok.

Selain sibutramine, terdapat juga produk pelangsing yang dicampur dengan phentermine. Phentermine ialah sejenis Ubat Terkawal yang bertindak terhadap sistem saraf pusat dan seterusnya merencat rasa lapar. Ubat ini kebiasaannya digunakan dalam rawatan obesiti bagi pesakit yang mempunyai faktor risiko lain seperti hipertensi, diabetes dan paras kolesterol yang tinggi. Phentermine hanya dapat diperoleh dengan preskripsi daripada doktor.

Kesan Pengambilan Produk Pelangsing Yang Dicampur Dengan Bahan Terlarang

Produk pelangsing yang dicampurkan dengan sibutramine atau phentermine mungkin dapat memberikan kesan penurunan badan dengan cepat. Namun, produk ini turut berisiko mendatangkan kesan sampingan yang berbahaya kepada kesihatan.

Sibutramine telah dilaporkan dapat menyebabkan serangan jantung akibat pembekalan darah yang tidak mencukupi kepada otot jantung. Kesan sampingan lain sibutramine termasuklah pening, sembelit, pedih ulu hati, mulut kering, rasa mual dan gangguan tidur. Terdapat juga laporan menunjukkan segelintir pengguna sibutramine ini mengalami perubahan emosi dan gangguan mental. Malah, sibutramine juga boleh merosakkan organ utama lain seperti hati dan buah pinggang jika diambil dalam jangka masa yang panjang.

Bukan itu sahaja, individu yang menjadi kurus dengan bantuan sibutramine dan phentermine berkemungkinan untuk mendapat rebound weight gain secara mendadak. Hal ini kerana kedua-dua ubat ini bertindak dengan merencat selera makan dan mengurangkan rasa lapar. Proses penurunan berat badan yang berlaku hanya disebabkan pengurangan pengambilan kalori semata-mata dan tidak dibantu dengan pengubahsuaian gaya hidup.

Nasihat Untuk Orang Awam

Produk pelangsing dalam kategori Ubat Terkawal dan suplemen yang hendak diambil haruslah dipastikan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hal ini demikian kerana produk yang berdaftar telah diuji dari segi kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.

Orang awam boleh membuat semakan status pendaftaran produk-produk ini menerusi fungsi “Carian Produk” atau “Product Search” yang terdapat dalam laman web NPRA (www.npra.gov.my) atau melalui aplikasi telefon pintar “NPRA Product Status”. Aplikasi ini boleh dimuat turun daripada “Google Play Store”, “Apple Apps Store” atau “Huawei AppGallery”. Semakan boleh dilakukan dengan memasukkan salah satu daripada input carian, seperti nama produk, bahan aktif atau nombor pendaftaran.

Produk pelangsing dalam kategori makanan dan minuman pula tidak perlu berdaftar dengan KKM. Walau bagaimanapun, produk-produk ini tidak boleh diiklankan dengan sebarang tuntutan kesihatan. Apatah lagi dengan dakwaan yang melampau seperti mampu mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat dan dapat melangsingkan tubuh tanpa perlu mengambil diet sihat dan bersenam.

Oleh sebab itu, orang awam haruslah lebih berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan iklan produk pelangsing badan, terutamanya yang banyak terdapat dalam media sosial. Elak daripada terpengaruh dengan iklan yang menjanjikan perubahan drastik serta testimoni daripada individu lain. Jaminan keberkesanan produk tanpa bukti saintifik dan testimoni adalah bentuk pembuktian yang paling lemah dan boleh direka-reka untuk menarik perhatian pengguna.

Orang awam disaran untuk sentiasa membaca maklumat yang tertera pada label produk pelangsing dengan teliti dan mematuhi arahan pengambilan yang disarankan. Sekiranya mengalami kesan sampingan haruslah berhenti mengambil produk tersebut secara serta-merta dan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.

Individu yang ingin menurunkan berat badan dinasihatkan untuk merujuk ahli profesional kesihatan bagi mendapatkan panduan pengurusan berat badan yang betul. Pengamalan gaya hidup sihat menerusi diet yang seimbang dan aktiviti fizikal yang konsisten dapat membantu menurunkan berat badan dengan lebih sihat dan selamat. Selain itu, dapatkan juga nasihat dan pandangan doktor atau ahli farmasi sekiranya ingin mengambil sebarang produk pelangsing.

Orang awam turut digalakkan untuk melaporkan aduan atau menyalurkan maklumat tentang penjualan produk pelangsing yang disyaki tidak berdaftar atau iklan produk pelangsing dalam kategori makanan dan minuman yang mempunyai tuntutan kesihatan. Aduan atau maklumat boleh dikemukakan menerusi portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) KKM di alamat https://moh.spab.gov.my.

Tiada Jalan Pintas Untuk Menurunkan Berat Badan

Kesedaran orang awam tentang bahaya pengambilan produk pelangsing adalah kunci utama untuk membendung penjualannya yang berleluasa di Malaysia. Apabila kurangnya permintaan kepada produk pelangsing yang meragukan ini, maka kuranglah produk-produk ini dijual dalam pasaran.

Keinginan untuk memiliki tubuh yang langsing dalam masa yang singkat dengan mengambil produk pelangsing secara sembarangan boleh membahayakan kesihatan. Pengambilan diet yang seimbang di samping melakukan aktiviti fizikal secara berterusan merupakan cara yang lebih baik untuk mengawal berat badan. Tiada jalan pintas untuk menguruskan badan.

Kenali ubat anda, sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan boleh diajukan kepada Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Center, NPCC) melalui talian 1-800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang, kecuali cuti umum).

(Artikel tulisan saudara Mohd Shahiri Abd Ghapar ini merupakan hasil kerjasama antara pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Solidaritas)

Penulis Umum

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Solidaritas.

The post Produk Pelangsing Bukan Jalan Pintas Untuk Kurus appeared first on SOLIDARITAS.

Waspada Muslihat Produk Alternatif Rawatan Kanser
Internet telah menjadi salah satu sumber penting bagi maklumat berkaitan kesihatan. Dengan adanya Internet, maklumat yang meliputi pelbagai topik boleh dicapai dengan mudah. Selain itu, penggunaan meluas media sosial seperti Facebook, TikTok dan WhatsApp memudahkan lagi penyebaran maklumat dan membolehkan maklumat dikongsi bersama-sama rakan, keluarga dan sesiapa sahaja yang menghadapi masalah kesihatan yang sama.

Risiko Maklumat Yang Salah Daripada Internet

Walaupun memberi manfaat, namun Internet juga berisiko menyebabkan penyebaran maklumat yang salah. Contohnya, semasa pandemik COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan suatu krisis yang dipanggil infodemik, iaitu kebanjiran maklumat tentang wabak tersebut daripada pelbagai sumber dalam talian. Penyebaran maklumat palsu tentang COVID-19 dan vaksinasi telah menyebabkan orang ramai menolak vaksin dan memilih rawatan yang tidak terbukti keberkesanannya.

Seperti COVID-19, maklumat yang salah turut berisiko mendatangkan kemudaratan kepada pesakit yang menghidapi penyakit kronik. Misalnya, maklumat tidak tepat berkaitan rawatan kanser telah menyebabkan pesakit memilih rawatan alternatif yang tidak terbukti dan meninggalkan rawatan di hospital.

Maklumat Yang Salah Dan Promosi Produk Rawatan Kanser

Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji tahap sebaran maklumat yang salah tentang rawatan kanser payudara dalam salah satu platform media sosial. Selepas 6,000 hantaran (posting) disaring dan dianalisis, didapati 84% daripada hantaran dalam Bahasa Melayu yang menyampaikan maklumat tentang kanser adalah salah. Informasi yang tidak tepat ini juga didapati terkandung dalam 28% hantaran dalam Bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja, kajian ini juga menunjukkan bahawa hantaran berkaitan promosi produk alternatif adalah tujuh kali ganda lebih banyak ditulis dalam Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris. Tambah membimbangkan lagi, kajian ini juga menunjukkan hantaran yang ditulis oleh penjual produk kesihatan adalah empat kali lebih berisiko untuk mengandungi maklumat yang salah.

Maklumat yang salah juga sering kali disebarkan melalui iklan penjualan produk alternatif untuk rawatan kanser. Produk alternatif ini dipromosikan secara meluas dalam media sosial dan sangat mudah menarik perhatian orang ramai. Sebagai contoh, kebelakangan ini media sosial dipenuhi dengan promosi pelbagai “penawar kanser” seperti pokok belalai gajah, minyak cannabidiol, keladi tikus dan bahan yang dikatakan sebagai vitamin B17 (juga dipanggil dengan nama suplemen biji aprikot, amygdalin atau laetrile). Dakwaan yang menyatakan produk yang dijual berkesan dan selamat turut menyebabkannya mendapat perhatian masyarakat.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pesakit yang mengambil produk alternatif dan meninggalkan rawatan kanser yang dimulakan oleh doktor dikaitkan dengan risiko kematian hingga lima kali ganda lebih tinggi. Malangnya, ramai pesakit yang masih tidak menyedari akan bahaya ini. Produk alternatif sering diiklankan sebagai ubat semula jadi yang selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan. Namun, dakwaan ini sebenarnya tidak tepat. Contohnya, biji aprikot mengandungi hidrogen sianida dan boleh menyebabkan keracunan sianida pada dos yang tinggi. Malahan, risiko keracunannya adalah lebih tinggi jika diambil secara oral berbanding dengan kaedah suntikan. Keracunan sianida boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti kerosakan hati dan saraf, koma serta kematian.

Kualiti Kajian Saintifik Bagi Rawatan Alternatif Kanser

Sebagai cara meningkatkan kepercayaan orang awam kepada produk yang dijual, penjual produk rawatan alternatif kanser sering mengiklankan produk mereka dengan data daripada kajian tertentu. Namun, kajian yang digunakan dalam promosi tersebut biasanya merupakan kajian praklinikal yang melibatkan uji kaji menggunakan haiwan dan sel di dalam makmal. Keputusan yang positif daripada uji kaji menggunakan haiwan dan sel tidak dijamin berkesan kepada manusia.

Keberkesanan sesuatu produk rawatan perlu disokong dengan dapatan kajian klinikal. Kajian klinikal tersebut perlu dijalankan dengan teliti, melibatkan peserta kajian dalam jumlah yang mencukupi dan mematuhi protokol penyelidikan yang ketat untuk memastikan kejituan hasil kajian. Penggunaan haiwan dan sel untuk menguji keberkesanan rawatan merupakan pembuktian klinikal yang tidak kukuh.

Panduan Untuk Pesakit Dan Orang Awam

Kesan negatif maklumat yang tidak tepat kepada pesakit kanser menunjukkan bahawa mereka harus lebih berhati-hati dalam mendapatkan informasi berkaitan penyakit yang dihidapi dan rawatannya. Pesakit dan orang awam secara keseluruhannya dinasihatkan agar merujuk sumber maklumat yang mempunyai kredibiliti kerana informasi yang disampaikan adalah lebih berkualiti dan boleh dipercayai. Antaranya ialah maklumat kesihatan dan ubat-ubatan daripada ahli profesional kesihatan seperti doktor dan ahli farmasi yang terlibat dalam rawatan pesakit sendiri.

Selain itu, pesakit dan orang awam juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) sekiranya mempunyai pertanyaan tentang ubat-ubatan, khususnya berkaitan rawatan kanser. NPCC boleh dihubungi menerusi talian bebas tol 1-800-88-6722 dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, setiap Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum). Bukan itu sahaja, laman web dan portal agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menyediakan informasi yang berguna dan sahih untuk rujukan orang awam. Antara laman web dan portal yang boleh dilawati termasuklah laman web Kenali Ubat Anda, laman web Info Sihat dan portal MyHealth.

Pesakit kanser dan orang awam harus sentiasa berhati-hati dan tidak mudah mempercayai maklumat tentang produk alternatif. Semak dan kaji dengan teliti kandungan maklumat, termasuk tajuk dan kapsyen yang berkaitan produk tersebut. Maklumat tersebut juga haruslah dipastikan diperoleh daripada sumber yang tidak mempunyai kepentingan lain dan ingin mengambil kesempatan dengan menjual produk atau menawarkan perkhidmatan kesihatan.

Apabila menerima iklan dengan tuntutan kesihatan, pastikan iklan tersebut telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat. Kelulusan iklan ditunjukkan menerusi nombor kelulusan yang seharusnya dipaparkan pada iklan tersebut. Contoh nombor kelulusan iklan ubat ialah KKLIU 3993 / exp: 31.12.2025.

Pesakit juga hendaklah mempertimbangkan tuntutan yang dinyatakan oleh penjual produk tersebut dengan sewajarnya. Sebagai contoh, tuntutan yang melampau hendaklah diragui kerana maklumat tersebut dikhuatiri adalah palsu. Dakwaan bahawa produk yang dijual boleh menyembuhkan kanser dan bebas daripada kesan sampingan berkemungkinan tidak benar. Apatah lagi sekiranya iklan tersebut disokong pula dengan testimoni positif tanpa sebarang maklum balas negatif.

Sentiasa Berwaspada, Usah Terpedaya

Penyebaran informasi yang salah tentang rawatan penyakit kronik seperti kanser merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Begitu juga dengan penjualan produk yang digembar-gemburkan berkesan untuk merawat penyakit kanser. Malah, menurut Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956, tindakan mempromosikan apa-apa produk sebagai rawatan kanser adalah salah di sisi undang-undang dan sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah boleh dijatuhkan hukuman denda, penjara atau kedua-duanya sekali.

Pesakit dan orang awam yang menerima maklumat yang meragukan berkaitan rawatan kanser hendaklah sentiasa menyemak ketepatan maklumat tersebut terlebih dahulu. Di samping itu, elakkan juga daripada mempercayai iklan yang dikemukakan oleh penjual produk alternatif tanpa mendapatkan penerangan lanjut daripada pihak yang lebih arif, seperti ahli profesional kesihatan.

Kenali ubat anda, sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan boleh diajukan kepada Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Center, NPCC) melalui talian 1-800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang, kecuali cuti umum).

(Artikel tulisan saudari Izzati Yussof ini merupakan hasil kerjasama antara pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Solidaritas)

Penulis Umum

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Solidaritas.

The post Waspada Muslihat Produk Alternatif Rawatan Kanser appeared first on SOLIDARITAS.

Mengenali Lebih Dekat Profesion Ahli Farmasi Di Malaysia
Hari Farmasi Sedunia disambut pada 25 September setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran orang awam tentang profesion ahli farmasi serta mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh ahli farmasi dalam perkhidmatan kesihatan.

Secara umumnya, ahli farmasi dilihat oleh masyarakat sebagai profesional kesihatan yang membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit. Namun begitu, tugas farmasi tidak terhad di kaunter farmasi fasiliti kesihatan kerajaan sahaja. Profesion farmasi juga turut terlibat dalam cabang perkhidmatan lain seperti di premis farmasi komuniti, industri farmaseutikal, bidang akademik serta dalam bidang pengurusan, penguatkuasaan dan regulatori farmasi.

Peranan Dan Tanggungjawab Ahli Farmasi Semakin Meluas

Tugas ahli farmasi di klinik kesihatan dan hospital merangkumi pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit luar di kaunter farmasi dan menyediakan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit yang memerlukan. Pembekalan ubat kepada pesakit yang dimasukkan ke dalam wad pula dilakukan oleh ahli farmasi di hospital. Bukan itu sahaja, terdapat juga ahli farmasi yang bertugas di unit farmasi logistik dan bertanggungjawab dalam proses perolehan ubat-ubatan. Selain itu, ahli farmasi dalam bidang klinikal pula menyampaikan perkhidmatan penilaian ubat-ubatan bagi memastikan pesakit mendapat rawatan yang optimum.

Satu lagi perkhidmatan di hospital yang melibatkan kemahiran ahli farmasi ialah pemantauan terapeutik ubat-ubatan (therapeutic drug monitoring). Perkhidmatan ini secara ringkasnya membantu doktor dan ahli farmasi menentukan dos yang paling sesuai untuk pesakit berdasarkan paras ubat tersebut di dalam darah. Ahli farmasi berperanan untuk membuat pengiraan yang khusus bagi setiap jenis ubat yang berkenaan dan seterusnya memberi cadangan yang bersesuaian kepada doktor, sama ada untuk meneruskan ubat tersebut, mengurangkan dosnya atau menukarkannya kepada ubat lain.

Ahli farmasi turut memainkan peranannya di sesetengah fasiliti tertentu yang menyediakan perkhidmatan kemoterapi dan pembekalan nutrisi tambahan secara parenteral. Ahli farmasi bukan sahaja terlibat dalam proses pembancuhan ubat sitotoksik (cytotoxic drug reconstitution) untuk rawatan kemoterapi dan penyediaan beg nutrisi tambahan tersebut, malah ahli farmasi bertanggungjawab untuk melakukan pemantauan ke atas pesakit yang berkenaan.

Bukan itu sahaja, ahli farmasi di fasiliti kesihatan juga menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran dan tahap pengetahuan orang awam tentang penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti. Selain penyampaian maklumat melalui ceramah dan pameran, ahli farmasi juga menyampaikan informasi berkaitan ubat-ubatan menerusi wawancara televisyen dan radio, perkongsian dalam media sosial, penulisan artikel kesihatan serta sesi lawatan ke rumah pesakit. Inisiatif ini dilakukan untuk memastikan pengurusan ubat yang efisien di rumah dan meneruskan kesinambungan rawatan yang diterima di fasiliti kesihatan.

Profesion farmasi semakin berkembang seiring peredaran masa. Peranan ahli farmasi kini semakin meluas dan meliputi beberapa skop dan bidang perkhidmatan lain. Sebagai contoh, terdapat juga ahli farmasi yang berkhidmat di farmasi komuniti. Ahli farmasi komuniti biasanya menjadi tempat rujukan orang awam bagi mendapatkan nasihat ubat-ubatan kerana mereka antara ahli profesional kesihatan yang mudah untuk dihubungi dalam komuniti.

Selain membekalkan ubat, ahli farmasi komuniti juga mempunyai pengetahuan asas untuk memberi cadangan bagi rawatan beberapa penyakit ringan seperti demam, selesema, batuk, sembelit dan cirit-birit. Farmasi komuniti merupakan salah satu daripada sumber yang boleh dipercayai untuk orang awam mendapatkan ubat-ubatan, termasuklah sediaan tradisional dan produk suplemen kesihatan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan penilaian ubat-ubatan di rumah (home medication review) bagi melihat pengurusan ubat-ubatan di rumah pesakit. Selain daripada pegawai di sektor awam, terdapat juga ahli farmasi komuniti yang turut menyediakan perkhidmatan ini.

Bidang akademik juga merupakan salah satu bidang yang boleh diceburi oleh ahli farmasi, terutamanya bagi mereka yang berminat dengan aktiviti penyelidikan, penerbitan kajian klinikal dan pendidikan. Pensyarah farmasi di institusi pengajian tinggi merupakan profesion yang penting kerana mereka berperanan mendidik bakal ahli farmasi yang akan menyertai perkhidmatan farmasi selepas tamat pengajian. Kajian klinikal yang dijalankan oleh penyelidik di universiti membantu meneroka penemuan baharu dalam bidang perubatan dan kesihatan, secara amnya dan bidang farmasi, secara khususnya.

Pengetahuan dan pengalaman ahli farmasi berkaitan formulasi ubat-ubatan dan kimia perubatan, contohnya, membolehkan mereka turut berkecimpung dalam sektor industri farmaseutikal. Industri ini dilihat kian penting bagi meningkatkan kemudahan akses ubat-ubatan kepada penduduk di negara ini. Ahli farmasi dalam industri farmaseutikal berperanan untuk menjalankan tanggungjawab di bahagian pengurusan dan pentadbiran syarikat, penyelidikan, pembangunan serta pendaftaran ubat-ubatan baharu, pemasaran dan jualan, kajian klinikal serta pemantauan penggunaan ubat-ubatan selepas dipasarkan.

Farmasi regulatori merupakan satu lagi bidang yang boleh diceburi oleh ahli farmasi. Ahli farmasi regulatori bertanggungjawab untuk menjalankan penilaian kualiti dan keberkesanan produk sebelum mendapat kelulusan pendaftaran serta membuat pemantauan dari segi keselamatan selepas produk dipasarkan. Perkara ini adalah penting untuk memastikan produk farmaseutikal yang terdapat dalam pasaran untuk kegunaan orang ramai adalah berkualiti, selamat dan berkesan.

Selain farmasi regulatori, ahli farmasi dari bidang penguatkuasaan farmasi juga berperanan untuk memastikan masyarakat tidak terdedah kepada risiko penggunaan produk farmaseutikal yang tidak berdaftar. Ahli farmasi dalam bidang kerja ini pada dasarnya perlu memastikan semua produk farmaseutikal dan kesihatan dalam pasaran mematuhi peruntukan undang-undang yang sedia ada. Antara tugas yang dilakukan termasuklah memantau penjualan produk yang tidak berdaftar serta pengiklanan produk dan perkhidmatan kesihatan yang tidak diluluskan.

Ahli farmasi turut berpeluang untuk berkhidmat dalam bidang pengurusan. Secara ringkasnya, ahli farmasi yang bertugas dalam sektor pengurusan terlibat dalam perancangan dan pembangunan polisi baharu berkaitan perkhidmatan farmasi di negara ini.

Kelayakan Akademik Yang Diperlukan

Seseorang yang ingin menjadi ahli farmasi mesti mempunyai kelayakan akademik di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi. Asas yang kukuh dalam mata pelajaran kimia, biologi dan matematik merupakan antara syarat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini. Sehingga kini, terdapat 98 universiti sama ada di dalam dan luar negara yang menawarkan ijazah farmasi yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia.

Selain kelulusan akademik, seseorang ahli farmasi perlu melengkapkan latihan siswazah sebagai ahli farmasi dengan pendaftaran bersyarat. Kemudian, mereka perlu menjalani khidmat wajib selama setahun sebelum mendapat status pendaftaran penuh sebagai ahli farmasi berdaftar di Malaysia.

Bidang Farmasi Memperkukuh Sistem Kesihatan

Selain kelayakan akademik, kemahiran berkomunikasi yang baik juga diperlukan untuk menjadi ahli farmasi yang baik. Selain itu, ahli farmasi perlu sentiasa mengemas kini pengetahuan dan kemahiran berdasarkan dapatan kajian yang terkini supaya tahap kompetensi dapat ditingkatkan. Praktis yang berpandukan bukti yang kukuh merupakan salah satu keperluan dalam penyampaian perkhidmatan farmasi.

Tidak kira peranan yang dimainkan atau sektor perkhidmatan yang diceburi, matlamat utama profesion ahli farmasi adalah untuk bertindak sebagai barisan hadapan dalam penjagaan farmaseutikal dan penyampaian perkhidmatan farmasi. Semua ini akan membantu negara mencapai tahap kesihatan masyarakat yang lebih baik.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1-800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).

(Artikel tulisan saudara Mohd Ridzuan Bin Zakaria ini merupakan hasil kerjasama antara pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Solidaritas)

Penulis Umum

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Solidaritas.

The post Mengenali Lebih Dekat Profesion Ahli Farmasi Di Malaysia appeared first on SOLIDARITAS.