Umum tahu isu Palestin sangat dekat di hati rakyat Malaysia.
Peranan Malaysia dalam memperjuangkan isu Palestin bermula sejak dari hari lahirnya kita sebagai sebuah negara merdeka.
Namun sejak kebelakangan ini, isu Palestin telah menjadi perebutan politik dengan sesetengah pihak yang kononnya terpaling agama mendakwa isu Palestin adalah isu agama justeru hanya mereka yang berhak memperjuangkannya.
Tetapi, isu Palestin yang sebetulnya ialah isu kemanusiaan dan ia perlu diperjuangkan oleh setiap rakyat Malaysia tanpa mengira anutan agama, warna kulit atau fahaman politik.
Meletakkan isu Palestin sebagai isu kemanusiaan juga adalah wajar demi menggembleng sokongan dari seluruh masyarakat dunia, seperti yang diungkap oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mana dia demokrasi?”
“Mana dia hak asasi?”
“Mana dia kemanusiaan?”
“Apa kemanusiaan itu bagi orang kulit putih?”
“Hamba abdi bagi orang kulit hitam?”