DI BAWAH PAYUNG RAHMAH

Inisiatif Payung Rahmah adalah cetusan idea Allahyarham Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub, mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Ia adalah satu usaha oleh Allahyarham dan kementeriannya dalam membantu meringankan beban kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Di bawah inisiatif tersebut, ada lima program Rahmah yang diperkenalkan sebagai faedah kepada rakyat.

Menu Rahmah iaitu set makan minum berharga RM5 telah menyaksikan penglibatan 2,922 pengusaha makanan termasuklah rangkaian makanan segera gergasi.

Pakej Rahmah iaitu pakej perkhidmatan atau barangan yang ditawarkan kepada pengguna pada harga mampu milik melibatkan 9 rakan strategik.

Bakul Rahmah iaitu bakul barangan dapur atau keperluan asas kepada golongan asnaf melibatkan sejumlah 75,482 bakul.

Menu Siswa Rahmah iaitu menu makanan khas kepada pelajar IPT melibatkan 290 pengusaha di 20 universiti awam.

Jualan Rahmah iaitu jualan runcit pada harga diskaun di sejumlah 3,557 lokasi perniagaan dan juga 19 pasar raya besar/rangkaian.

Inisiatif Payung Rahmah mendapat sambutan memberangsangkan di kalangan rakyat dan merupakan salah satu kejayaan Kerajaan Perpaduan Madani.

Al-Fatihah kita sedekahkan kepada Allahyarham Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub dan semoga jasa beliau mendapat balasan setimpal di akhirat kelak.

Komen