Berjemur Di Bawah Matahari

Apakah signifikannya cahaya matahari untuk manusia? Jika diamati melalui penulisan pakar perubatan, cahaya matahari dikatakan mampu untuk memberi manfaatnya yang tersendiri. Antaranya termasuklah menjamin kesihatan mitokondria iaitu kesihatan kulit yang mana dapat dicapai melalui aktiviti berjemur di bawah sinaran matahari.

Terdapat waktu-waktu yang terbaik untuk berjemur di bawah sinaran matahari. Antara waktu yang dicadangkan untuk berjemur paling terbaik untuk pemula adalah ketika waktu matahari terbit. Masa yang diambil untuk berjemur ketika matahari terbit ini adalah antara 10 minit hingga 15 minit.

Selain itu, cahaya matahari pada waktu pagi di antara waktu 8 pagi hingga 9 pagi. Waktu ini dikatakan sebagai waktu yang terbaik untuk berjemur buat pemula. Masa yang diperlukan untuk berjemur pada waktu pagi adalah sekitar 15 minit hingga 30 minit. Manakala, apabila sudah mencapai tahap yang kedua, iaitu tahap pertengahan, boleh ditambah dengan cahaya matahari pada waktu melepasi tengah hari iaitu antara pukul 1 petang hingga 2 petang. Seterusnya peringkat terakhir adalah dengan penambahan UVB yang boleh didapati bermula daripada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Aktiviti berjemur ini hanya akan berkesan tanpa memakai pelindung suria dan kaca mata hitam. Tambahan pula, semakin gelap warna kulit seseorang semakin lama masa yang diperlukan untuk berjemur. Di samping itu, aktiviti berjemur ini harus disertai dengan pemakanan yang betul termasuklah dengan menghentikan pengambilan gula dan gluten dalam makanan.

Hal ini boleh meningkatkan lagi tahap keberkesanan aktiviti berjemur ini. Fakta yang paling menarik sekali di sini adalah berjemur di bawah matahari dikatakan mampu untuk membantu proses penurunan berat badan. Rata-rata pengamal aktiviti berjemur ini memberi maklum balas yang positif iaitu berat badan yang semakin menyusut dengan melakukan aktiviti ini. Selain itu, tentang kebocoran usus yang terjadi akibat pemakanan yang tidak seimbang dapat dipulihkan melalui aktiviti berjemur ini. Berjemur di bawah matahari juga dapat membantu mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Vitamin D yang boleh diperolehi melalui sinaran matahari dapat membantu dalam penyakit diabetes. Hal ini disebabkan oleh peningkatan fungsi Beta cells di pankreas. Selain itu, peningkatan rembesen insulin terjadi apabila badan terdedah dengan cahaya matahari. Hal ini juga boleh meningkatkan kepekaan insulin terhadap tisu dan otot. Melalui aktiviti berjemur di bawah matahari dapat membantu dalam masalah gangguan mood menerusi penghasilan dopamine, serotonin dan beta endorphin. Peningkatan dopamine ini dapat membantu menghalang ketagihan yang tidak sihat.

Cahaya matahari adalah merupakan sumber vitamin D yang percuma yang mudah diperolehi kerana penerimaan cahaya matahari sepanjang tahun di Malaysia. Berjemur di bawah cahaya matahari memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan manusia tanpa kita sedari. Dengan ini, cahaya matahari terbukti mempunyai banyak kelebihan selain Vitamin D yang boleh diperolehi terus tanpa menelan apa-apa suplemen vitamin D. Jadi mengapa kita tidak menghargai nikmat Tuhan yang satu ini?

(Artikel ini adalah tulisan Umair Nurisy dan tidak semestinya mencerminkan pandangan pihak Solidaritas)

Komen