BAGAIMANA PMX MEMBANTU MELUPUSKAN HUTANG PENEROKA FELDA DAN FELDA

PM8 Muhyiddin Yassin umum mahu lupuskan hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion.

Hutang lupus tetapi FELDA hilang sumber kewangan kerana kerajaan tidak sediakan dana khas sebagai gantian.

Kewangan FELDA tergugat dan berdepan risiko bankrap jika tidak dapat melunaskan hutang FELDA yang lain.

Masalah timbul kerana PM8 umum lupuskan hutang tapi setakat umum tanpa sebarang inisiatif kerajaan untuk bantu FELDA.

Tiada penyaluran peruntukan kerajaan pada tahun 2021 dan 2022 kepada FELDA bagi menjelaskan komitmen hutang FELDA.

Mujur PMX mengambil inisiatif untuk menyediakan geran kepada FELDA bagi membiayai hapus kira hutang peneroka FELDA.

Geran tersebut adalah peruntukan RM990 juta setahun selama 10 tahun dengan jumlah keseluruhan RM9.9 bilion.

Dengan geran ini FELDA dapat menstrukturkan semula komitmen kewangan agensi kerajaan tersebut.

Dalam erti kata lain, PM8 hanya mengumumkan pelupusan hutang tanpa menyelesaikan sepenuhnya isu tersebut sehinggalah PMX melaksanakannya.

Tapi jangan kita lupa isu hutang peneroka FELDA dan beban kewangan FELDA hari ini sebenarnya berpunca dari PM6 dengan idea FGV beliau dan sebagainya.

Komen