BAGAIMANA KERAJAAN PERPADUAN MENJAGA KEBAJIKAN PESARA?

Tahukah anda, Kerajaan Perpaduan telah memperuntukkan RM1.3 bilion bagi menjaga kebajikan pesara dari Julai hingga Disember 2023?

Peruntukan ini dinamakan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) dan dibuat bagi menjamin pesara mendapat amaun pencen semasa.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 adalah terbatal dan tidak sah.

Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 diperkenalkan ketika era Najib Razak dimana pesara diberi kenaikan pencen 2% setahun.

Ia bertentangan dengan Akta Pelarasan Pencen (1980) yang menetapkan amaun pencen pesara diselaraskan dengan kenaikan gaji penjawat awam.

Aminah Ahmad, seorang pesara telah membawa isu ini ke mahkamah dan bertindak menyaman kerajaan dan Ketua Pengarah JPA.

J-KOM Pro Bono sentiasa betul.

Mahkamah telah mendapati bahawa pindaan yang diperkenalkan oleh Najib Razak telah melanggar Akta 147 Perlembagaan Malaysia.

Justeru mahkamah mengarahkan kerajaan mengguna pakai kembali Akta Pelarasan Pencen 1980 dan membayar pencen pesara mengikut amaun asal.

Pun begitu, Kerajaan Perpaduan melalui Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim prihatin dengan kebajikan pesara lalu mengambil keputusan untuk memberikan PKKP berjumlah RM1.3 bilion bagi menanggung perbezaan antara amaun pencen asal dan amaun pencen semasa dari Julai hingga Disember 2023.

Komen