BAGAIMANA KERAJAAN PERPADUAN MENJAGA KEBAJIKAN MASYARAKAT INDIA?

Dakwaan kononnya masyarakat India terpinggir dan tidak memperoleh peruntukan khusus dalam Belanjawan 2024 adalah satu tuduhan melulu.

Satu-satunya Menteri berketurunan India dalam Kerajaan Perpaduan, V Sivakumar menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan kerajaan tidak pernah meminggirkan kebajikan masyarakat India.

YB Sivakumar menjelaskan ada pelbagai peruntukan khusus yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024.

Antara peruntukan khusus masyarakat India ialah sebanyak RM100 juta untuk memperkasa sosioekonomi komuniti melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Untuk bantuan pengurusan rumah ibadat seperti kuil, masyarakat India boleh memanfaatkan peruntukan RM50 juta yang dikhaskan untuk rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar bagi kerja-kerja membaik pulih dan menyelenggara kuil.

Selain itu kerajaan juga turut memberikan peruntukan khas hampir RM50 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) termasuklah RM20 juta untuk penyelenggaraan sekolah.

Bagi menggalakkan lebih ramai usahawan India, Skim Pembiayaan Usahawan Mikro India diperkenalkan dengan dana pembiayaan sebanyak RM30 juta yang diagihkan melalui TEKUN Nasional.

Untuk keselesaan pelajar SJKT, kerajaan mengumumkan 152 SJKT akan menerima RM70,000 bagi kerja penyelenggaraan tandas sekolah sama seperti sekolah kebangsaan lain.

Peruntukan-peruntukan yang disebut tadi adalah bukti tekad Kerajaan Perpaduan dalam menjaga kebajikan masyarakat India yang tidak pernah dipinggirkan.

Ia juga adalah bukti bahawa kerajaan yang ada ini adalah kerajaan yang mewakili kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Komen