AIR BERSIH UNTUK RAKYAT KELANTAN

Pada 15 Julai lalu ketika Program Jelajah MADANI Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh, Kelantan, Encik Rafizi Ramli telah mengumumkan kesediaan kerajaan membina Loji Rawatan Air (LRA) baharu untuk negeri itu.

Kos membina satu lagi LRA adalah sebanyak RM1.5 bilion.

Pada masa kini, LRA sedia ada mampu menyediakan air terawat berjumlah 500 juta liter sehari.

Namun permintaan air terawat sehari di Kelantan adalah sebanyak 600 juta liter.

Pembinaan LRA baharu akan meningkatkan kapasiti air terawat sebanyak 700 juta liter sehari.

Hasil pengumuman Menteri Ekonomi itu, bermakna Kerajaan Perpaduan bersedia memperuntukkan RM3 bilion untuk atasi masalah bekalan air Kelantan.

Ia susulan pengumuman RM500 juta oleh PMX, RM1.5 bilion oleh TPM1 serta RM1.5 bilion oleh Menteri Ekonomi dan peruntukan ini sewajarnya cukup untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan.

Pun begitu, kerajaan negeri Kelantan mendakwa jumlah yang diperlukan adalah sebanyak RM8 bilion!

Tentu sekali, jumlah tersebut agak keterlaluan sedangkan tanggungjawab mengurus bekalan air adalah tertakluk kepada setiap kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Perpaduan pastinya komited membantu mengatasi masalah bekalan air di Kelantan sekalipun keputusan PRN 2023 tidak memihak kepada gabungan BN+PH.

Komen