SEJARAH KENAIKAN SKIM SUBSIDI HARGA PADI

Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) adalah satu usaha kerajaan membantu pesawah padi dengan memberikan ‘output subsidy’ ke atas padi yang dihasilkan.

Kali pertama diperkenalkan pada 1980 oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), kadar SSHP pada masa itu ialah RM33.20 per metrik tan.

Ia dinaikkan ke kadar RM165.40 dua tahun kemudian, peningkatan sebanyak 398%.

Pada tahun 1990, kerajaan BN sekali lagi membantu pesawah padi apabila kadar SSHP dinaikkan sebanyak 50% kepada RM248.10.

Usaha meningkatkan pendapatan pesawah padi diteruskan apabila pada tahun 2016 kadar SSHP ditetapkan pada RM300 per metrik tan, kenaikan sebanyak 21%.

Peralihan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2019 menyaksikan nasib pesawah padi terus terbela apabila kadar SSHP naik 20% kepada RM360 per metrik tan.

Di bawah Kerajaan Perpaduan yang antaranya disertai PH dan BN melalui pimpinan PMX, sekali lagi bantuan dihulur kepada pesawah padi apabila kadar SSHP naik kepada RM500 per metrik tan atau peningkatan 39%.

SSHP berfungsi dengan memberikan insentif (subsidi) kepada pesawah padi berdasarkan hasil (output) yang dikeluarkan, tiada hasil maka tiada SSHP.

Harga lantai padi adalah RM1,200 per metrik tan dan berdasarkan harga lantai ini setiap pesawah akan mendapat RM1,700 (RM1,200+RM500) untuk setiap metrik tan padi dihasilkan, bahkan mungkin lebih jika harga padi di kilang naik.

Untuk makluman, Perikatan Nasional (PN) tidak pernah sekalipun menaikkan kadar SSHP sepanjang 33 bulan menjadi kerajaan.

Komen