MD RAYHAN KABIR

SHAH ALAM, 13 Ogos — Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan perintah reman 13 hari terhadap warga Bangladesh Md Rayhan Kabir (tengah) yang didakwa tinggal lebih masa di negara ini.
Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya daripada Jabatan Imigresen, Fazril Sani Mohamed Fadzil dan peguam C. Selvaraja yang mewakili Md Rayhan.
Terdahulu, Selvaraja membuat permohonan semakan perintah reman terhadap anak guamnya yang dikeluarkan oleh Mahkamah Khas Kes Pendatang Tanpa Izin di Semenyih pada 6 Ogos lalu selepas membenarkan permohonan Jabatan Imigresen.
–fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA